by admin on March 5, 2012

*Contoh sahaja – Kredit Zon Artis
Kad kahwin bercetak ayat suci sudah boleh dikatakan sebagai satu trend pada masa kini. Terima saja kad kahwin daripada siapa, pasti akan ada cetakkan ayat suci pada kad kahwin tersebut. Tidak pasti apa tujuan’nya, tapi kami percaya ianya berniat baik. Namun ramai tidak sedar, penggunaan ayat suci pada kad kahwin seharusnya dielakkan kerana dikhuatiri akan disalah guna apatah lagi dibuang.
Berita lanjut yang kami petik dari Bernama:-
[click to continue…]
by admin on March 5, 2012

Berita baik kepada anda yang teringin untuk pergi ke Korea dan Jepun sempena musim bunga ini dimana syarikat penerbangan tambang murah negara iaitu AirAsia Bhd menawarkan tawaran hebat bagi penerbangan AirAsia X ke Korea dan Jepun sempena musim bunga dengan harga serendah RM399 sehala.
Tawaran itu dibuka untuk tempahan bermula hari ini sehingga 11 Mac bagi perjalanan pada 1 April sehingga 30 Jun 2012.
Menurut ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X iaitu Azran Osman Rani, tawaran hebat itu memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati pengalaman musim bunga di Korea dan Jepun.
“Penumpang AirAsia X dari Jepun ke Korea juga boleh merebut peluang untuk meneruskan penerbangan menerusi rangkaian perjalanan AirAsia X bagi destinasi menarik seperti Thailand, Indonesia, China, Singapura, Vietnam dan Hong Kong.
“Selain itu, destinasi lain jarak jauh yang turut ditawarkan termasuk Perth dan Sydney, Australia ke Osaka, Jepun serendah AUD399 (RM1,288) dan dari Melbourne, Australia ke Tokyo serendah AUD469 (RM1,514),” katanya mengulas lanjut.
[click to continue…]
by admin on March 5, 2012

Seperti dinantikan ramai, Proton Holding Bhd (Proton) bakal memperkenalkan model baru keluarannya dengan nama kod P3-21A yang mengetengahkan gabungan prototaip konsep Tuah bakal membawa perubahan dalam industri automotif nasional diumumkan 16 Mac ini.
Menurut sumber laman sesawang automotif, Proton P3-21A ditawarkan dalam dua varian, iaitu model Executive dan model Premium dianggarkan bernilai RM65,000 sehingga RM75,000.
P3-21A dilengkapi enjin CamPro 1.8L dan 2.0L serta sistem pengecas turbo. Dan jangan tidak tahu, P3-21A adalah kenderaan pertama didatangkan dengan internet berkelajuan tinggi daripada pembekal perkhidmatan internet YTL Communications, Yes 4G. Untunglah kan?
Mungkinkah P3-21A model gantian bagi model Persona sedia ada? Terdapat banyak spekulasi yang bermain di fikiran pengguna tentang model terbaru proton itu adalah Proton Tuah yang pernah dipertontonkan sebelum ini? Untuk kepastian umum, nantikan pelancaran rasmi Proton tidak lama lagi.
[click to continue…]
by admin on February 27, 2012

JAKARTA – Doktor-doktor pakar di Hospital Dr Soetomo Surabaya sedang menangani kes seorang bayi yang dilahirkan dengan jantungnya berada di luar badan, suatu keadaan yang dikenali sebagai Pentalogy of Cantrell.
Bayi perempuan berusia 15 hari itu, yang dirujuk ke hospital berkenaan pada Sabtu, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), untuk distabilkan keadaannya.
Media tempatan di Indonesia melaporkan bahawa bayi bernama Febryana Omega Hayati itu merupakan anak kelima pasangan Ishak Manu, 44, dan Nur Hayati, 34, yang merupakan penduduk Surabaya.
Ketua Bahagian Neonatologi hospital itu, Dr Agus Harianto berkata, kes bayi seperti itu adalah yang ketiga diterima Hospital Dr Soetomo.
[click to continue…]
by admin on February 23, 2012

KUALA LUMPUR – Operator rangkaian Internet tanpa wayar berkelajuan 4G di bawah YTL Communications Sdn Bhd, Yes menyasarkan perluasan liputan sehingga 80 peratus dengan kawasan berpenduduk padat sebagai sasaran utama menjelang hujung tahun ini.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Yeoh Seok Hong berkata, sehingga kini kadar liputan Internet 4G di kawasan berpenduduk rantau ini hanya 65 peratus.Menurutnya, menyedari hakikat itu, langkah kolaborasi bersama pengeluar kereta nasional, Proton mampu merancakkan lagi pertumbuhan jenama itu.
[click to continue…]
by admin on February 23, 2012

PARIS – Pendedahan dokumentari televisyen bahawa pusat penyembelihan sekitar Paris menyembelih haiwan menggunakan kaedah dikatakan serupa seperti ajaran Islam mencetuskan perdebatan politik yang hebat di Perancis.
Stesen televisyen France 2 menyiarkan dokumentari itu, minggu lalu, yang menunjukkan semua pusat penyembelihan di kawasan Paris hanya menghasilkan daging yang disembelih dan bukan dimatikan menggunakan aliran elektrik.
Namun, kaedah itu dipercayai tetap tidak menepati peraturan Islam yang memerlukan penyembelihan dilakukan oleh orang Islam dengan bacaan Bismillah.
Pemimpin Perancis yang dilihat kurang pengetahuan mengenai kaedah sebenar penyembelihan dalam Islam pula segera menggunakan isu itu bagi menaikkan sentimen anti-Islam semasa berkempen untuk pilihan raya umum negara itu, April depan.
[click to continue…]
by admin on February 22, 2012

Bunyinya agak kelakar, tapi itulah realiti yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia. Dendangan muzik rancak seperti dangdut serta irama muzik perlahan yang diperdengarkan kepada ayam pedaging oleh ratusan penternak di desa Sumbersuko, Tlogowaru, Bandar Malang, Jawa Timur dilaporkan berhasil meningkatkan mutu ternakan mereka sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Sejak menggunakan teknik terapi muzik itu yang dimainkan 24 jam, para penternak di kawasan itu mendakwa mereka berupaya menuai hasil ternakan yang lebih sempurna, berbanding sebelum itu di mana jumlah ayam yang mati setiap kali musim tuaian agak tinggi.
Lagu-lagu rancak atau dangdut yang diperdengarkan kepada ayam-ayam itu bukanlah membuat mereka berjoget ataupun sebaliknya menjadikan mereka terlelap bila mendengar lagu berirama perlahan yang mendayu-dayu, tetapi muzik itu bertujuan menjadikan ayam ternakan mereka tidak mudah terkejut sehingga boleh menyebabkan kematian, agensi berita ANTARA melaporkan hari ini.
[click to continue…]