MOSCOW – Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: “Allah ialah Pencipta segala yang ada“.
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.


Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. – Agensi
{ 9 comments… read them below or add one }
Allah Maha Besar
subhanallah..
klu x insaf ag xtau la nk ckap cmne..
Allahu akbar!!
sembahyang…….
ni kut bakal imam mahdi
subhanallah, walhamdulillah, walailahailallah, allahuakba!!!!!!
marilah kite kembali kepada fitrah Allah,manusia hidup di muka bumi mesti ber Al-quran..bukan takat solat je,buat tapi x faham x d makna nya..
Mungkin ini juga amaran daripada Allah supaya membaca al-quran. Sekarang ni, ramai orang Islam melupakan al-quran. Al-quran sepatutnya dibaca oleh semua orang sebagai panduan hidup. Baca disini ialah dengan memahami maknanya sekali. Baca al-quran untuk mendapatkan ilmu dan peringatan daripada Allah. Untuk itu, perlu baca al-quran dan disusuli dengan membaca tafsirannya untuk memahami isi kandungannya. Amat malang sekali jika kita dah 3 kali khatam al-quran tetapi langsung tidak dapat ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Ketauhilah al-quran inilah yang akan menberi syafaat kepada kita apabila kita mati nanti. Al-quran yang selalu kita baca, fahamkan dan amalkan akan menjelma sebagai seorang lelaki yang gagah dan akan menjaga kita sehinggalah kita masuk syurga. Bukankah itu satu keberuntungan yang besar. Allahualam.