Batang Pensel Dalam Kemaluan

by admin on April 22, 2010

Pensel dalam kemaluan mangsa rogol
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
2010/04/22

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah di Rawang yang dirogol rakan sekelasnya dalam bilik darjah, minggu lalu, bukan saja disahkan sudah mengandung sebulan, malah sebatang pensel sepanjang empat sentimeter turut ditemui dalam kemaluannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata berdasarkan hasil laporan pemeriksaan hospital yang diterima semalam, polis percaya mangsa sudah lama dijadikan bahan pemuas nafsu beberapa pelajar serta didera sewaktu diperkosa.

“Kes ini disiasat secara menyeluruh kerana mangsa yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di Rawang, bukan saja dirogol ketika waktu persekolahan, malah didera,” katanya kepada pemberita di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang, 13 April lalu, pelajar itu yang bersendirian dalam kelas, dikatakan dirogol seorang rakan sekelasnya manakala beberapa lagi pelajar lelaki mengepung mangsa bagi mengelak insiden itu disedari pelajar lain termasuk guru.

Mangsa hanya memberitahu mengenai kejadian itu kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan, Ahad lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Rawang pada hari sama.

Rosly berkata, sebaik menerima laporan itu, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan, manakala suspek ditahan di sekolahnya pada keesokannya.

“Siasatan awal mendapati mangsa sudah banyak kali dirogol suspek sejak beberapa bulan lalu. Kita percaya mangsa turut diperkosa lebih daripada seorang pelajar.

“Namun, mangsa takut untuk membuat laporan kerana dipercayai diugut suspek yang akan bertindak lebih teruk sekiranya perkara itu didedahkan,” katanya.

Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa pelajar yang dipercayai bersubahat dalam kejadian itu.

Katanya, mangsa yang ditempatkan di hospital, kini mengalami trauma teruk dan hanya berdiam diri.

+ Berita Harian

Zon Bebas says: Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang? Semuanya dah semakin advanced. Kalau advanced dari aspek pendidikan takpe la juga. Tapi ni, alahai. Dunia.. dunia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 10 comments… read them below or add one }

rehan April 22, 2010 at 4:19 pm

waaa…budak sekolah da pandai merogol dan mendera?
patut budak2 camni kena tindakan ‘warga dewasa’ sbb dorang ni da dewasa sebelum usia..
kenapa dunia da tak selamat cam dulu? camne nak hantar anak g skola kalo camni?
adoyai..
nauzubillah min zalik…simpang malaikat 44 benda camni jadi kat family aku..aku doakan pelaku sedar dan bertobat..moga mangsa tabah… dan dilindungi Allah…

Reply

apiih April 22, 2010 at 4:46 pm

apela bodo punye org g sumbat pensel lam tuh..huhuhuhu

Reply

azizuan April 22, 2010 at 8:23 pm

bangsatnya manusiaa

Reply

permaisuri April 24, 2010 at 10:00 am

sian kat budk pompuan tu……

Reply

sayonara April 24, 2010 at 9:29 pm

aku harap yg buat macmtu tu mendapat balasan yg setimpal…kalau aku jumpa budak2 yg buat tu….aku sumbat lubang bontot dia dengan ekzos keta aku…biar padan muka….

Reply

apis April 25, 2010 at 1:44 am

aku beromen tak penah
dorang dah romen dulu
adeh2
rasa ketinggalan la plop

Reply

ieja April 30, 2010 at 2:42 am

ngek gak cik apis ni,,
jgn mara ea,,
nk ke up to date nagn mende2 gni???

Reply

apis April 30, 2010 at 10:11 am

wakakaka
den melawok jela
haha
takdonye den raso ketinggalan
maleh den berbanggo den tak pernah beromen

Reply

sapa2pon boley June 10, 2010 at 4:26 pm

bodoh nyer budak sekolah. mak anta suh g blaja! ni lain plak! bangang! so ibu bapa perlulah berwaspada dgn anak2 anda skrg….jgn ingat anak tu baik jeh

Reply

shootmeoru August 29, 2010 at 6:59 pm

sial!!!!!!!! tarikhnya tepat ngan har jadi ku

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: