
LOS ANGELES – Satu perkara yang tidak digemari oleh seorang remaja bernama Moshe Kai Cavalin yang kini berusia 14 tahun adalah apabila orang menggelarnya sebagai genius. Dia menerima gelaran sebegitu kerana dia mempunyai kepintaran yang luar biasa dan dia telahpun menamatkan pengajian di kolej seawal umur 11 tahun dengan gred purata 4.0.
Pada umur 14 tahun, Cavalin kini bakal bergelar graduan Universiti California, Los Angeles (UCLA) dan dia juga baru sahaja menerbitkan buku versi bahasa Inggeris pertamanya setebal 100 muka surat berjudul We Can Do.
Buku yang mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan tersebut mendedahkan rahsia kejayaannya yang dicapai menggunakan pendekatan mudah iaitu fokus dan sentiasa bekerja keras.
Kat bawah ni video sewaktu dia berusia 11 tahun.
{ 1 comment… read it below or add one }
adi putra USA?
*Entri terbaru kat OrangAkaun´s [type]: WordPress App Baru