Kitorang percaya, mesti ramai antara korang yang suka lepak kat mamak right? Maklumlah, sambil-sambil pekena roti canai dan teh tarik, boleh layan tenet dengan wifi free. Hehee.. Tapi untuk korang yang beragama Islam, pernah tak korang tanya kat mamak tu samada depa muslim ataupun mamak palsu (Hindu)? Mesti tak pernah kan sebab kat mana-mana restoran mamak (even kat restoran mamak palsu) awal-awal lagi kita sudah disajikan dengan pelbagai ayat Al-Quran yang digantung pada dinding yang membuatkan kita yakin bahawa restoran itu adalah restoran Islam.
Dan untuk bertanya tu pulak, maybe kita agak keberatan disebabkan faktor sensitiviti walaupun kita selalu mendengar pepatah melayu yang berbunyi “malu bertanya sesat jalan”. Jadi untuk mengetahui samada restoran tu mamak islam yang punya atau sebaliknya, korang boleh cuba try test cara kat bawah ni yang mana ianya kitorang ambil dari sebuah laman forum.
Antara restoran Mamak dgn restoran hindu
Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.
Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;
Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – “daging lembu” atau “daging kambing”. Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.
Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; “ada lauk daging tak?”
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, “kambing ada, daging lembu tiada”.
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, “kenapa tiada lauk lembu?”.
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.
Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.
Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) dikawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.
Anda boleh cuba di tempat anda!
Diambil dari forum cari.com.my post oleh Anak_Nogori
Moral of the story: Makanlah dikedai Melayu yang kehalalan’nya sudah diperakui. Halalan toyiba.

{ 7 comments… read them below or add one }
tak terpikir plak aku..
skang dah tau camne nak bezakan..
tapi aku tgk mapley kat KL ni pekerja n penjaga kaunter semua india muslim tapi boss atas sekali cina..
funder semua dari cina..
sama gak..
hehe..
lauk lembu habis kot
india muslim menghormati india hindu itu pasal takde lembu
tak jugak bro. ramai jugak orang hindu yang makan daging lembu, atau berpendapat tak salah untuk jual, bukan makan sendiri.
orang hindu juga tak boleh makan babi, tapi masih ramai juga yang makan. Ini soal ‘tahap iman’ depa la.
Tak payah makan kedai mamak lagi bagus.
makan la kat restoran melayu kita. tolong majukan ekonomi orang melayu.
tp kt kdai mlayu ni kdg2 ssh gak…
adeyg gune cre ‘kotor’ utk trik planggan….cm da biase lak
KALO DAH WAS2X TNTNG HALAL KT MAKANAN 2… HUKUM HARAM DAH MKNAN 2… SO X YAH MKN LER
sbelum masuk kesatu2 kdaitu baca bismillahillazi layadurru maasmihi syai’un fil ardi,walafissama’i wahuwassamiul alim 3x…klau rsa hati brdebar2 atau mkanan yg smpai rsa lain..baik hentikan….ini pgalaman sya…sya penah pegi satu stall dkat taman mayang PJ…stall nie milik bukan islam,tpi trknal pelanggannya adalah org islam,die hidang mkanan ala hotel,mcam western2 sketla…bile sya smpai n bca doa air buah yg sya oder smpai,ble sya mnum airtu rsa mcam dah basi,ble habis mkan tmbul sdikit pgaduhan dgan myanmar yg keje kat situ sdap biadap sgat,mgkin ALLAH nk tnjuk kt sya supaya jgan msuk lgi restoran HARAMtu,sya mmang xmsuk rstoran kafir ni,tpi sbab nk jga hati kwan sya ikut juge,itulah keajaiban ayat ALLAH…xcaye cubeler…