
Hotel tergantung di puncak gunung ini hanya terdapat di Itali yang mana ianya diletakkan di tepi cenuram (lereng bukit dan lain-lain yang curam) puncak gunung Mont Blanc, Itali. Hotel kabin berbentuk silinder itu dihasilkan oleh syarikat Itali, LEAPfactory dan diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu menggunakan helikopter. Hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki.
OMG! Samsung Galaxy W ini memang sangat mengancam
Untuk pengetahun anda semua, rekaan hotel yang mesra alam itu dihasilkan dengan kos mencecah 214,000 pound (RM1.05 juta). Walaupun ianya nampak kecil, hotel itu mampu dilengkapi dengan 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung. Panel solar diletakkan di atas bumbung untuk memperolehi tenaga.










Macam, ada berani nak tinggal kat hotel tu? Huhu..

{ 9 comments… read them below or add one }
gayat!
percutian yang memang mengerikan….
*Entri terbaru kat Piston Pecah´s [type]: Bila Mereka Berkuasa, Yang Lain Jadi Lembunya
semart..kompom tak lena tido
*Entri terbaru kat OrangAkaun´s [type]: 7 Days Pill Organizer
perrhhhh….mesty best gilerr kan….
Aku x dpat bayang kan klu tiba2 benda tu jatuh
Memang hotel yg canggih tapi mcm menakutkan tido kat atas gunung..
ni mcm menempah maut je..
selamat ke. dah ade ke orang yg tinggal kat sana ke?
terlampau banyak idea sampai jadi tak ketahuan