Betul atau tidak, apa kata anda baca terlebih dahulu.

Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku.
Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.
Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.
Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)
’Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)
Bukti Pertama: http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN-20100420101427&type=ANN
-Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.
Penarikan balik JAKIM
Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini.
Ketidakakuran menyebabkan sijil dari Uruguay Islamic Centre tidak tidak layak memomohon Sijil Halal JAKIM
Kepada saudara-saudari, sahabat2.. tolong sebar2kan kepada saudara2 kita kat luar sana… Copy paste gambar pun tak pa..
Perbetulkan aku jika ada kesilapan..
Aku telah mnyampaikan… Segalanya ku serahkan kepada-NYA..
mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia.. tidak sekali mencari redha manusia tuk mengundang murka Allah.. InsyaAllah..
+ Disalin dari http://timhar.co.cc/blog/?p=263
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita tunggu jawapan daripada JAKIM dan pihak McDonald mengenai isu ini.
Jadi, kepada yang beragama Islam tu, kami sarankan anda berhenti dulu daripada membeli dan memakan makanan McDonald ni sehinggalah ianya disahkan halal. Kalau nak berhenti terus pun takpe sebab banyak lagi makanan yang dah sah-sah halal untuk dimakan plus Radix Fried Chicken (RFC) kan ada. Hee.. Tapi kalau anda yakin yang McDonald ni sememangnya halal, teruskan kerana itu darah daging anda. Walahu’alam.



{ 8 comments… read them below or add one }
saya dah call jakim hari ni bertanya tentang masalah ni..jakim mengesahkan yang mcd telah menukar supplier diorg so menurut jakim tiada apa2 masalah tentang taraf halal mcd…kiranya masalah ini telah selesai
hamba Allah, sorry yer terpaksa copy awk nyer comment sbb nak bg tau kwn2 saya tntng comment yg awk buat ni….
jarang makan kt mcd
terbaca n i dkat jakim..
ISU : Tiada Keraguan Pada McDonald
Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDonald / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.
Sekian, terima kasih
- Pegawai Perhubungan Awam JAKIM
Tarikh : 24 Ogos 2010
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 2809
url:http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=4834#
meragukan.apakah maksud tiada keraguan pada mcDonald itu? saya telah melayari url yang saudara sertakan ini.saya telah copy paste artikel berkenaan:
ISU : Tiada Keraguan Pada McDonald
Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDonald / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.
Sekian, terima kasih
- Pegawai Perhubungan Awam JAKIM
Tarikh : 24 Ogos 2010
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 7075
menjadi tanda tanya apabila pihak jakim sendiri telah mengeluarkan surat sebagaimana tertera di atas dan surat penarikan juga telah dikeluarkan oleh badan islam di uruguay.
adakah mcdonald dulunya menggunakan daging yang haram tetapi sekarang telah menggunakan daging yang halal??
salam.. tak kiral lah ape berita pun semua masuk kat sini.. yg panas2 yg seksi2 yg bikin mata berdosa pun angkut juga boh bnyk2 kat sini.. aslkn ramai bace, traffic meningkat, ads jalan.. dapat duit pun cmpur2 ngn kerja menyebar maksiat..harp pk2kn untung yg anda perolehi..hidup ni smntara je.. wang ringgt x boleh nak tolong selamatkn kita pun…bila sakit semua dh mampu nak tolong sgt..
bagus nasihat ni.. bkn utk blog ni je tp utk semua blog.. terima kasih saudara..
*Entri terbaru kat syok.my´s [type]: Gambar Bakal Suami Tengku Zawyah
Aku dah bertahun tak makan McD…..hehehe. mahal siot
*Entri terbaru kat mohdnizam78´s [type]: Nana & Sein Buat Kenduri Kerana Rujuk Semula