Kalau kat Malaysia ni, bila cakap pasal hukum Hudud, pasti ramai yang mengatakan bahawa hukuman tersebut terlalu zalim dan tidak wajar diguna pakai. Tapi mereka sebenarnya tidak sedar bahawa disebalik ‘kezaliman’ tersebut ianya memberi pengajaran kepada semua umat Islam supaya menjauhi perkara-perkara yang dilarang agama malah berasa takut untuk mendekatinya.
Tapi kalau kat Malaysia ni la kan, walaupun hukum Hudud dilaksanakan dan diguna pakai, rasanya masih ramai yang tak takut. Yer la, sedangkan hukuman sebat tu (merujuk kepada hukuman yang dijatuhkan oleh undang-undang terhadap pesalah rogol dan yang berkaitan) pun dah boleh dikira sangat ‘kejam’, tapi masih ramai je yang slumber buat benda yang boleh menerima hukuman tersebut.
Ok! Back to topic. Di Somalia, hukum Hudud dikatakan menjadi hukuman kepada mereka yang beragama Islam. Jadi, apa yang kami paparkan kali ini adalah beberapa gambar seorang pesalah yang menjalani hukum Hudud sambil disaksikan oleh penduduk.
Penduduk lihat hukuman rejam

MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.
MOGADISHU – Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.
Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.
Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.
“Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain,” kata seorang pekedai, Halima Osman.
“Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.
“Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.
“Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri,” tambahnya.

SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.
Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.
Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.
“Ini merupakan hari penghakiman,” kata Osman kepada orang ramai.
“Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku,” tambahnya.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.
Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.
Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.
“Saya tidak sanggup untuk melihatnya,” kata seorang lelaki, Ali Gabow.
Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. – Agensi
*Gambar & berita: Kosmo!
Tapi kan, tak tau pula yang orang ramai boleh dan dibenarkan melihat proses hukum Hudud dijalankan. Ada sesiapa yang tahu pasal ni?
{ 46 comments… read them below or add one }
hush takutnya aku tgk hukuman camni.. batu yg dorng “bagi” tu bapak besar gila.. ingtkan kecik2 je cam batu jalan tu huhu..ngeri tul
alangkah bagus kalo malaysia buat kn??
*Entri terbaru kat firdausmushi´s [type]: objek ilusi
lebih bek kene pancong dari mati camni
betul. kena pancung sampai mati pun takde siksa camtu. mati je terus..ni menderita kemain baru dapat mati…:(
sbnarnya pncung lbih tersiksa dr rejam kerana.. apbla kita dpncng tak smstinya kita trus mti.. sbliknya kita msh hidup selama 10saat..
hukum hudud mmg mcmtu.. rkyt kena tgk.. kalo potong tgn ke pancung ke, sebat ke, rejam ke, mmg rakyat kena tgk… kalo yg rejam plak, sape yg lalu tmpt org tu di tnm, wajib kena baling batu jgak.. WAJIB!!..
ni lah hkuman Islam… Bg peringatan kpd org ramai n jgak si pesalah trbabit (kcuali pesalah yg kena rejam)…
kalo zmn dulu, nak potng tgn, kena trik dulu tgn si pesalah trbabit, smpai ruas antra lenagn dan tgn tu tertarik, maka di potong dgn besi yg tajam (pedang/pisau/parang), lps ptong di celup ke dlm lemak (minyak) yg panas, utk brhntikan darah tu…
sape yg dah di hukum dgn hukuman hudud/qisas, maka akn trlepas hukuman di akhirat… sape2 yg kena hkum walaupn sampai mati tp bkn hkuman hudud/qisas, kalo btl2 dia brslh, kat akhirat akn kena lg…
Islam ni adil…jgak selamat atau aman.. kena dgn mksdnya, islam, salam, iaitu selamat atau aman…hkuman hudud itu dtgnya dri Allah, hkuman Allah.. Maka ia adalah yg terbaik bg hambaNya.. kerna Dia lebih mngetahui ttg ciptaanNya…
yg baek dtg dri AlLah S.W.T, kalo ade slh dan silap, ia dtg dari diri sy sndri…
Wallahu’alam… Mujahid, Syria..
*membangun bersama islam*
benar apa yg kyuu cakap..Hukum Allah itu adalah ubat bg penyakit jenayah dan maksiat. negara2 yg tidak melaksanakan hukum hudud, qisas, ta’zir dan diyat sepertimana yg telah Allah perintahkan dalam Al-Quran dan sunnah aku yakin jenayah negara tersebut tidak akan selesai..contohnya negara hangpa ni laa..Amatlah zalim pemerintah yg berpaling dr kebenaran Islam. namun hangpa mesti ingat!! Zalimnya pemimpin adalah disebabkan zalimnya rakyat.
.
“dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan mushibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.” (Al Maa’idah : 49)
.
“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?” (Al Maa’idah : 50)
sayer pon stuju ngn anda sebagai org islam kter patut pada ajaranNYER
setuju dgn anda…penah balaja dulu time kat skolah….
iye, mmg seksa.. tp, itulah hukuman yg setimpal bg si pesalah yg masih berzina mukhsin…iaitu penzina yg sudah berkahwin.. dah ade isteri/suami, tapi msih curang n cari org laen utk puaskan nafsu… itulah sebaik-baik dan hukumn yg layak bg si pesalah trsbut…Allah mngetahui ape yg terbaik utk hambaNya..
kira hukuman yang dilakukan kat atas ni x betolah?
kasi orang ramai tengok..=.=
hukum hudud mmg mcmtu.. rkyt kena tgk.. kalo potong tgn ke pancung ke, sebat ke, rejam ke, mmg rakyat kena tgk… kalo yg rejam plak, sape yg lalu tmpt org tu di tnm, wajib kena baling batu jgak.
sedare cbe baca btul2 ape yg kyuu tu ckp….kte sbg rkyt mmg ptt kena tgk…
tu sbg pgjrn buat kte…….
ne kan hukum islam memang sebagai org islam patut ngn hukum hudup knaper kter nak tkot,,,ini adalah hukun islam….ble hukum hudup di lakukan pasti perkara zinar akan berkurang….
mmg le seksa,name pun hukuman..
hukuman mengikut undang2 di dlm penjara juga seksa…
dan tiade jaminan utk lepas dari hukuman Allah di akhirat..
kalau mcm ni pun dah dikatekan ganas,bayangkan le hukuman di akhirat esok..
mane kalian semue tahu kene pancung tak seksa…
mcm mane care pun die mati, bergantung le pade amalan die mase di dunia..
mcm mati shahid pun,kelihatan spt sakit iaitu dibom,ditembak..tetapi bg mereka yg shahid terlepas dari siksa sakaratul maut tu…
jadi kalau mati kerana demam pun,tp orgnye penuh dgn dosa,sakit juga bg aku…
jd janganlah merendahkan hukum Allah..
Dia yg maha mengetahui..
salam..
mmg kte tgk hukumn 2 cm kejm je tp prnah x kte trpk,2 bru hukumn yg kte trime kat dunia je..kat akhirt nnt mcm mne yerk??
renung2kn dan slamat bramal..
bila first tgok gambar ni..aku sgt2 bersetuju dgn tindakn yg dibuat..klu kta tgok pn rsa takut,itu tgok dlm komputer,tpi klu tgok dpan mata,mesti ngeri n x berani buat kesalahan yg dibuat pesalah..dlm erti kta lain hukuman hudud ternyata bkesan dlm mmbanteras jenayah..n broSKL..klu guna batu kecik2..mcm mna nk mati..sbb tu kena guna yg besar2 bru berkesan..bla malaysia nk wat nie??ptut la jenayah x habis2..bertambah gi adalah..klu takat rotan tu,x cukup mngerunkan n mnginsafkan..budak kecik pn kna rotan kdg2 wat blik keslahan yg sama inikn org dewasa yg jauh lebih matang..jarang yg serik..cara terbaik laksanakn hudud.
masa belajar pend . islam pun dikatakan mmg mcm tu hukuman hudud bg org yg berzina .
kejam mmg kejam .
tp mmg itu yg termaktub dlm alquran kan ?
hukum islam adalah yang terbaik
yang baik dari Allah dan yang buruk atas kelemahan kita manusia biasa. jadi hukum islam dari Allah. pasti ianya terbaik. Wallahualam
aku percaya
wahai hamba Allah telah terlanjur,bertaubatlah atas dosamu itu. jika hari ni kamu trlepas dari hkuman tidak bermakna kamu akan terlepas selama-lamanya..sbenarnya yang dikatakan kejam ini merupakn ganti Allah swt terhadap hambaNya dimuka bumi bagi mengntikan seksaan akhirat y tidak dapt kita bayangkan seksanya..jika hukum ini sudah dikatakn kejam apatah diakhirat kelak..sama2 kita bagi peringatan k..Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..moga belum terlambt buat kita memohon keampunan dariNya..InsyaAllah
erkk..takut… huhu
setahu saya.. hukum hudud ni memeang kena buat di khalayak…
untuk memberi pengajaran kepada si penonton…
diorang tengong bukan sekadar menonton… itu adalh untuk ambil iktibar
objektif buat hukum hudud di khalayak ramai adalah untuk memberi warning
dan pengajaran… serta berasa takur untuk melakukan perkara2 yang terkutuk dan dilaknat Allah ni..
if i not mistaken la… correct me if i wrong….
hukuman sebat dimalaysia tidak berjaya mengurangkan masalah sosial kerana tidak dejalankan di khalayak, dan sebatan itu juga x mengikut cara islam….
ingat hukuman ALLAH wajib dilaksanakan..WAJIB ! ! sekalipun kejam di mata orang tapi inilah sebaik-baik hukuman di dunia ..cara inilah dapat memberi pelajaran kpd org ramai spya tidak melakukan perbuatan maksiat ..bacalah AL-QURAN rujuk lah ! ! anda pasti m’dapat p’tunjuk ..hukuman dunia tidaklah seteruk hukuman di akhirat ..bayangkan hukuman akhirat yg b;lipat kali ganda seksanya ..dalam AL-QURAN pn sudah di sebutkan tentang kerasnya azab dan hukuman ALLAH kepada hambanya yang b’dosa..
hukuman tu diadakan di hadapan khalayak ramai agar sume dpt pengajaran.bukan sekadar tgk dan buat tak tahu selepas tu..dgn buat dpan org ramai masyarakat kita ni akan lebih takut nak buat perkara yang boleh menjurus kepada hudud..contoh…zina..sekarang nie da belambak kat pasaran..xde sebarang tindakan..hukum Allah itulah cara yang terbaik utk selesaikan segalanya..insyaAllah
btol dah nie..
salam… x silap saya mmg hukum hudud mmg dilihat oleh org rmi supaya dpt beri pengajaran kpd org lain bhw klu melakukan kesalahan tersebut mereka juga akan dikenakan hukuman tersebut… bg yg kate lebih baik kene hukuman pancung dr kene hkm rejam mcm… kene la igt dosa die buat kesalahan tu akan terhapus bile die kene hukum rejam. lg satu igt bleh pilih ke kite nak kene hukuman yg mane klu da buat kesalahan yang da pon dinyatakan dlm al-quran…
klu nak tgk kadar jenayah m’sia dgn negara timur tgh… x silap saye mmg agak jauh berbeza sbb die org menjalankan hukum hudud ni… wallahualam… btol kan saye klu saye tersilap.. afuan
em sy nk tnye…
slain mencuri dn berzina, ape hukum hudu yg ade dn ape hukumannye ek???
ade spe yg blh bntu sy??
Hukum Hudud adalah Hukum Allah..sesiapa yang kata hukuman ini kejam menidakkan hukum hudud ini bole rosak akidah dn boleh menjadi kafir..bykkan dengar dn beli cd ceramah Ustaz Azhar tengtang hukuman dn hukuman hudud ni br kita faham dn x cakap sembarangan yg boleh merosakkan akidah kita..
sjela nk komen..ape yg sy tau ps blajar psl hukum hudud nh..wajib bg org yg evn lalu kt tmpt hkumam rejam nh utk rejam..mksd sy, dia pn kna rejam gak penzina..ini menunjukkan btpa hinanya, btpa murkanya Allah thadap penzina ini..tp, kalau xsggp, jgn lalu lgsg sbb kalu lalu, mmg wajib bg dia rejam skali..pmpn pn blh kna rejam, kalu dia yg bzina tu, dh kawen, x kawen lg kna sebat 100x..inilah hukum islam..jgn kta islam wt cnh, kejam, jgn kta..tp ini nk bg peringatan kpd kita..maaf kalu clap info, tp insyaAllah, ni la yg btl slma sy blajar dr 4 5 org ustz n ustzah…
Kalau semua sedar akan hukuman baru timbul rasa ketakutan untuk melakukan dosa
MEMANG BETUL HUKUM HUDUD DI LAKSANAKAN DI SANA..TAPI KITA DI MALAYSIA TIDAK SEKALI MELAKUKAN SEPERTI MEREKA..SEBABNYA KITA DI MALYSIA BERBILANG BANGSA DAN KAUM..KALAU KITA LAKSANAKAN HUKUM HUDUD,,APA YANG DI KATA OLEH BANGA YANGBUKAN BERAGAMA ISLAM MEREKA AKAN MENGATAKAN YANG KITA SANGAT ZALIM..DAN BAGAI MANA BAGI KELUARGA MEREKA YANG MENERIMA HUKUM ITU??AKAN MEMBUAT KELUARGA MEREKA LEBIH BERSIFAT DENDAM..SEBAB ITU LAH PEMIMPIN KITA ADALAH YANG TERBAIK UNTUK MENILAIKAN HUKUM YANG DILAKSANAKAN..DENDAN TIDAK BERSIFAT DENDAM BAGI KELUARGA MEREKA..
untuk pengetahuan semua, perjalanan hukuman hudud hanya boleh dilaksanakan di hadapan sekurang2nya 40 orang penduduk yang telah baligh dan mumayyiz yang bermastautin….then baru sah hukuman tu…..
bakar aje
sokong 100% HUDUD!!! HIDUP HUDUD!!!!!!
Salam bro,
Kahkahkahkah……….nasib baik undang2 bodoh ni tak dilaksanakan di Malaysia. Rejam dengan batu sampai mati untuk pesalah zina tiada disebut dalam Al-Quran. Ok…ok…ok….ada yg berpendapat hukum ini datang dari cerita si polan bin si polan mengatakan Nabi Muhammad bersabda. Ada kredibiliti ke kitab2 buatan manusia ni.
Aku pernah terbaca satu hadis sahih Bukhari, bahawa Nabi Muhammad bersabda bahawa Bumi di atas sekeping batu dan batu itu terletak di atas tanduk lembu. Ini hadis Nabi, x boleh pertikai. Nanti murtad…kahkahkahkah………Neil Armstrong pergi ke Bulan tak nampak pun lembu di bawah planet Bumi.
Pernah tak baca Mental Bondage In The Name Of God? Kalau tak pernah sila cari di Google. Boleh juga lawat website aididsafar [dot] com mengenai penyelewengan Islam hari ini dari ajaran sebenar Al-Quran.
Lagi satu boleh baca artikel Saim Bakar berkenaan undang2 hudud:-
http://www.aididsafar.com/images/saimbakar.pdf
Kalau nak jimat RM10,000, sila lawat laman web ni:-
http://mentalbondageinthenameofgod.wordpress.com/
whatever la matguyver xguna pun ko tulis pjg2 sbb kitorang x pcaya manusia yg sesat and xde ilmu cam ko nih, klu ko kaji betol2 pasal islam aku sure ko menyesal dgn ape yg ko katakan..klu setakat bukti mcm hape ko bagi baik diam..
Tahukah anda wahai tuan empunya blog bahawa di dalam Al-Quran tidak dinyatakan orang perempuan wajib memakai tudung kepala? Cuba kaji Surah An-Nur ayat 31 (24:31).
Cuba anda fikir kenapa sejak kecil lagi kita diajar menyanyikan Al-Quran tapi bila nak kaji maksudnya kena serahkan kepada orang2 agama? Cuba anda fikir kenapa bangsa Arab takut pergi ke Bulan?
Dalam artikel Saim Bakar, anda akan tahu berapa banyak hadis2 riwayat dari polan bin polan yang melawan undang2 Tuhan di dalam Al-Quran.
Kalau anda lihat filem Soraya M di Youtube, pasti anda akan berasa ‘seronok’ melihat seorang perempuan miskin dianiayai oleh suaminya yg gila seks. Islam bukan Arab atau Parsi.
nama pun matguyver, pe yg die thu ttg islam.. pe yg die merepek pon aku xpaham.. ntah sape2 la yang wt blog bagai tu..
Salam, sy ingin membetulkan statement yg mnyatakan kalau kat Malaysia buat hukum hudud pon org x tkut sbb hokum yg kejam pon mrka xtakut… Sbnrnya ketakutan itu dtg dgn ktkutan kpd Allah selalu dgn rahmat.. Allah Akan mdtgkn kegerunan dlm hati manusia… So xwajarlah mmndg rendah hukum Allah.. Moga kite smua mndpt pngjrn dr balsam Allah.. Anyway nice article.. Keep it up… Like (^?^)
Astaghfirullah….kepada sesiapa yg mgatakan hukuman islam itu kejam, istighfar byk2..siapa kita nk kata mcm tu kat hukuman Allah?
hukuman hudud memang dijalankn dihadapn org ramai.Bukan untuk memalukn dan mndedahkn aib si pnjenayah, tetapi untuk beri pngajaran kpd org ramai supaya jenayah mcm tu tak kan berlaku lg.wallahu a’lam
MatGuyver
hati2 dgn kate2 anda…
gerun? takut? tu la hikmah hukum hudud..supaya mnusia yg tgk xlakukan pkara HARAM tu..Allah lbih mngetahui apa yg umatnya x ktahui..
MatGuyver
Ulama’ dah kaji ayat al-Quran sekian lama..ciap hafal 30 juzuk…ada yg khatam satu al Quran sehari skli..dibandingkan dgn kita..kita ni apa lah sgt..baca al Quran pun x..clap2 baca al Quran pun x reti..just kaji ayat tu, then bt andaian sndiri..Subhanallah..Bertaubat la..
sory..bkn umat..tapi hamba..Allah lbih mngetahui apa yang hambanya x ketahui..
itu bari hukum dunia, janji Allah di akhirat bagi. pendosa nemang benar,