CARA MUDAH MENJANA PENDAPATAN MELALUI HANDPHONE DENGAN TONE EXCEL

Gambar Nanu Baharudin Pegang & Peluk Anjing Peliharaannya

by admin on August 23, 2011

Nampaknya, Nanu Baharudin begitu berani menimbulkan kontroversi apabila dia dengan slumbernya telah memuat-naik beberapa gambar (banyak jugalah) dia sedang memegang dan memeluk anak anjing peliharaannya di Facebook miliknya. Kat bawah ni antara gambar tersebut.

GAMBAR NANU BAHARUDIN PEGANG DAN PELUK ANJING

GAMBAR NANU BAHARUDIN PEGANG DAN PELUK ANJING

GAMBAR NANU BAHARUDIN PEGANG DAN PELUK ANJING

+ Kredit: Zon Artis

Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya, apa hukum memegang anjing bagi orang Islam? Dan apakah pula hukum memeliharanya? Berikut maklumbalas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap hukum menyentuh atau memegang anjing yang kami perolehi hasil carian kat internet ni.

Penjelasan berkaitan hukum orang Islam menyentuh atau memegang anjing mengikut Mazhab Shafie:

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie pula adalah seperti berikut:

a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.

b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah.

Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.

Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al- Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya: “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... BISNES JUAL PREPAID TOPUP

{ 5 comments… read them below or add one }

on9 je August 23, 2011 at 4:46 pm

geli je

Reply

zeng August 24, 2011 at 12:51 pm

bodo punya nanu

Reply

ayam August 24, 2011 at 11:40 pm

nie la dia klu jenis mak bapak tak beri pendidikan islam yg cukup…

Reply

sakurama42 August 25, 2011 at 1:17 am

agak2 dia ni islam ke tak? agak2 dia solat tak kalau dia islam? bangang punya nanu. tak de haiwan peliharaan lain ke ????

Reply

jai September 2, 2011 at 11:42 pm

memalukan bangsa melayu…memalukan agama islam….ni la org nye….

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: