Seekor ular gergasi sepanjang 5.4 meter dengan 87 telur telah ditangkap ketika ular tersebut berkeliaran di Taman Negara Everglades, Florida. Ular sawa Burma itu mempunyai berat 70 kilogram dan direkodkan adalah yang paling besar pernah ditemui di Florida dan dipercayai yang terbesar pernah ditangkap di Amerika Syarikat. Ular tersebut telah dibunuh dan kini disimpan di muzium berkenaan.

Ular jenis itu berasal dari Asia Tenggara tetapi beribu-ribu ekor haiwan berkenaan dipercayai hidup di taman negara itu selepas dilepaskan oleh penduduk yang pernah memeliharanya dan beranak-pinak. Dan saintis memberi amaran, haiwan sebesar itu boleh memusnah hidupan lain kerana ia akan memakan apa saja yang diingininya. Malah ular jenis ini mampu menelan haiwan sebesar rusa dan buaya.



{ 1 comment… read it below or add one }
sexy snakes..