
Ini adalah sebuah cerita yang boleh kita ambil sebagai tauladan. Jika tidak keberatan, jom baca.
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.
“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”
Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!
Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
“DUNIA sebagai ALAT — AKHIRAT sebagai MATLAMAT”
* * *
Diambil dari blog DENAI CINTA
Semoga kisah di atas memberi pengajaran buat kita semua. Jika kamu ada facebook, kenapa tidak sebarkan kisah ini? Bukan susah sangat pun, cuma letak je link entri ni kat News Feed dan selesai.

{ 8 comments… read them below or add one }
dasyat cerita nie
kisah yg sgt menarik..
salam 2 maksud citer ni…
hebat love islam…
insaf2
cerita ni buat pengajaran pd diri sy,sebab sy pernah melalu perkara yg sama.iaitu ketika sy membeli barang dan org tu mengambalikan wang baki duit sy terlebih dlm berberapa ringgit.tapi sy sedari duit baki tadi terlebih setelah sy da berada dirumah.sy nk cuba check balik ada berapa lagi duit baki dlm dompet sy,sy hairan apa sal duit sy jumlah sama je,walhal tadi aku da belanjakan utk beli brg.o br aku teringat semasa aku beli brg tadi org da tersilap dia bagi duit aku balik tanpa mengabil bayar harga brg yg sepatutnya aku bayar.tapi duit tu aku tk pulangkan balik sbb aku malas nk patah balik ketempat tu sbb jau memakan masa lebih kurang 3jm.jadi kiranya aku bersalah ni.semoga allah mengampunkan dosaku amin.
Alhamdulilah…syukur andai saudara insaf,adalah lbeh afdal andai saudara usahakan untk kmbalikn yg bukn hak saudara.usaha saudara akn d snjug tinggi oleh tuan penjual tersebut.tidak kira bila wktunya,yang penting usahakn untk berjumpa pnjual itu insyallahh akn beroleh barkah usaha saudara tu.
aku pun penah lalui benda yang sama, banyak kali… tapi yang nie berlaku kat tempat aku area sg buluh.. aku nie part time jual roti sardin gulung, sebelum gi keje aku buat roti antar kat kantin, dan hari cuti jual jambu pakcu. Sebelum tu aku pergilah membeli barang2 utk roti gulung aku kat speedmart, then bile time bayar, cashier tu maybe baru, die tak punch minyak masak aku, yang lain2 die punch, so die masukkan seme dalam plastik, aku pun singgah kat kedai jambu pakcu. Sambil borak2 aku cek senarai barang2 aku, baru aku perasan, then lepas tu aku terus pergi ke sana dan bayar semule duit minyak tu, yalah… barang kite jual tu makanan..wajib kite sediakan yang halal untuk customer kitekan… Paling mengecewakan aku, aku pulak yan seolah2 dituduh nak mengambik barang, bertekak2 aku..yelah…maybe cashier tu tak nak kantoi die dah buat silap… lastly aku jumpa ngan supervisor barulah benda settle… tapi kesimpulannya kite jujur pun orang pandang serong gak….