KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.
“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.
Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.
Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Jersi Barcelona
Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.
Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.
Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.
+ Kosmo!

{ 11 comments… read them below or add one }
nasib wa xminat sangat pakai jersi2 nih
hehehehe
den nak kongsi video yang mampu buat ekau muda 10 tahun dari usia sebenar selepas menontonnya
p/s : Lagu Waka Waka versi terbaru..Shakira Kalau Tengok Nih Confirm Nangis
aku xpernah pakai bju jersi..uhuhuhu
Biasanya brader-brader bola yang pakai jersi-jersi nih..
Paling tak cover Liverpool..
Tak apa, perbaiki mana yang kurang
skrg jersi2 baru ada yg makin elok dan ada yg semakin teruk
P/S : Entry 18 Tahun Ke Atas Sahaja : Tiba – Tiba Rasa Takut Mahu Menggunakan Tandas Awam!
betul3
soccer & islam = bodoh..ini langsung tidak kena mengena…
malaysia bukan baru pakai jersui man u atau spain..dah beryahun tahun we all pakai…dulu mana ini org org tua pi…fucking asshole ….i rasa org yg start perkara ini mungking penyokong man city kut sbb itu kepunyaa anging arab( islam)……..
Kenapa tak haramkan huruf kecil t sebab rupanya pun macam salib Kristian.
aku pn ada buat article pasal nih. hahah
siap ada pengkritik nk backup jersy nie.
sejak kawin habis baju bola suami yg ada tanda salib tu aku gunting/bagi kat pembantu rumah ntk suami d indon..yg tinggal je baju bola yg ada cap ayam tu..hehe
aq peminat pasukan m.united,tp tak da sampai taksub sgt psal benda ni..tau2 lak ustad dh ckp mcm tuh…adoii tercengal lak aq bace blog ni.
nasib la aku ni bukan peminat barca
{ 1 trackback }