
Selama ini, ramai yang masih was-was dengan Starbucks ekoran tersebarnya banyak info mengatakan restoran itu tidak halal dimana minuman yang mereka sediakan mengandungi arak dan bermacam lagi yang meragukan. Terbaru, tersebar pula kat Facebook dan Twitter mengatakan Starbucks tidak pernah mendapat sijil pengesahan halal daripada JAKIM.
Ekoran daripada itu, JAKIM tampil membuat kenyataan sekaligus menafikan dakwaan yang mengatakan Starbucks tidak halal. Berikut kenyataan daripada pihak JAKIM:-
Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Dengan penjelasan daripada pihak JAKIM ini, jelaslah yang Starbucks Malaysia menyediakan minuman halal kepada pelanggan mereka dan selamat untuk diminum.
+ Update by Azizwan

{ 4 comments… read them below or add one }
pakcik tak layan pun stabak ni.. mahal nak mampos.. kalau minum kat kedai kopi biasa je, boleh minum bercawan-cawan wlpn rasanya tak sama.. yg penting tekak basah dan hilang dahaga..
x mampu nak masuk Starbucks ni
yeayyyyy..~!! Alhamdulillah. hilang rase was2 kt hati ni. thanks for the info.
thanks for da info..br je g minum air kat starbuck td..hubby mengidam kopi lak..^_^
*Entri terbaru kat eqeen´s [type]: Ayam Masak Gulai Limau Purut
{ 1 trackback }