Jom bantu adik Ammar


Friday, February 5, 2010 20:37
Posted in category Mesti Baca

Nuffnang Charity Project – Baby Ammar

Buat semua pengunjung Zon Bebas, kami ingin mengajak anda semua untuk turut serta menjayakan Nuffnang Charity Project – Baby Ammar bagi mengumpul dana berjumlah RM12,000 yang akan digunakan sebagai bayaran pendahuluan kos pembedahan yang akan dilakukan terhadap adik Ammar yang kini berusia 2 tahun.

Untuk makluman, adik Ammar menghidap patent ductus arteriosus (PDA) iaitu terdapat lubang di dalam hatinya yang menyebabkan darah oksigen & non-oksigen bercampur yang menempatkan banyak ketegangan pada arteri jantung dan paru-paru. Kerana itu pembedahan perlu dilakukan bagi mengelak ianya daripada bertambah teruk.

Oleh itu, jika anda berbesar hati untuk memberikan sumbangan (tak kisah walaupun hanya RM1 sajork), anda boleh melakukannya dengan memasukkan wang sumbangan tersebut ke akaun seperti kat bawah ni sebelum 17. Februari 2010.

Akaun: Maybank

No. akaun: 514093114912

Penama akaun: Azmaniza Mohamad Kamal

Sila pastikan penama akaun adalah seperti yang tertera kat atas ni yer sebab pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya sumbangan yang anda berikan tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya. Ingat tu!

Akhir kata, selamat memberikan sumbangan dan sesungguhnya jasa baik anda hari ini pastinya akan mendapat balasan kelak. InysaAllah.

P/s: Bagi mengelakkan penipuan, sila rujuk Nuffnang Blog’s yer. TQ

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Jom bantu adik Ammar”

  1. hydir says:

    February 5th, 2010 at 8:55 pm

    semoga kita semua membantu mana yg terdaya ..

    Blogger We Care

  2. kulanz says:

    February 6th, 2010 at 12:14 am

    akan bantu setakat yg termampu..
    moga projek ni dapat perhatian banyak pihak

  3. asz says:

    February 6th, 2010 at 1:50 am

    salam … terima kasih kerana sudi membantu Ammar … Moga anda & family sentiasa dilindungi & dirahmati Allah … Amin!

  4. zik says:

    February 7th, 2010 at 5:43 am

    bantu yang mana saya mampu..insyallah..

Leave a Reply