
Keputusan di tempat ke-3 dan ke-4 sudahpun diketahui awal pagi tadi dimana Germany (Jerman) berjaya menduduki tempat ke-3 dan Uruguay tempat ke-4. Germany menewaskan Uruguay dengan jaringan 3-2.
Kami yang menyokong Germany agak risau juga bila Uruguay mula mendahului 2-1. Tapi nasib baik ler Germany berjaya menyamakan kedudukan dan menambah 1 lagi jaringan. Dengan kemenangan Germany ini juga, bermakna 1 lagi ‘ramalan’ si sotong Paul (a.k.a Paul The Octopus) tepat.
Ok! Lupakan mengenai tempat ke-3 dan ke-4 kerana apa yang lebih penting sekarang ni ialah pasukan manakah yang akan merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang piala cawan (World Cup) bersalut emas tu. Adakah Netherlands ataupun Sepanyol?
Berdasarkan pemerhatian kami, Spain mempunyai potensi yang cerah untuk mencipta sejarah mereka yang tersendiri untuk menjadi Juara World Cup 2010 ini. Ini kerana, semasa menentang Germany pada separuh akhir, pertahanan dan serangan mereka agak seimbang. Jika diteruskan, piala cawan tu pasti jadi milik mereka.
Walau bagaimanapun, keupayaan Netherlands tidak boleh dipandang rendah kerana mereka juga pastinya mahu meraih gelaran juara. So, mereka pastinya sudah mempunyai strategi sendiri bagi mengalahkan Spain. Tambahan pula, Netherlands satu2nya pasukan yg menang semua perlawanan yang melibatkan mereka.

Si Paul The Octopus pula meramalkan yang Spain akan memenangi perlawanan akhir yang akan berlangsung pada jam 2.30 pagi nanti. Adakah ramalan si sotong peramal itu betul? Sama-sama kita nantikan. Pasukan mana pula yang menjadi pilihan anda? Mari kongsikannya dengan kami.

{ 4 comments… read them below or add one }
mesti sepanyol..sotong buat ramalan dh tepat..huhuhuhu..
aku sokong sepanyol..mesti sepanyol menjadi juara..
apa pun sepanyol akan menjadi juara..
Of course la Spain