Keputusan Contest Review Blog Zon Bebas

by admin on May 19, 2010

HADIAH BUAT PEMINAT NOKTAH BUAT ERNA | DRAMA SYAH JIHAN

Contest review yang ZB anjurkan telahpun tamat dan alhamdulillah ianya berjalan dengan jayanya walaupun penyertaan tidaklah banyak mana. Tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya masih ada yang sudi menyertainya daripada takde langsung.

Lagipun ZB faham, contest berbentuk review ni tak berapa ramai yang minat untuk menyertainya kerana ianya berbentuk subjektif. Kiranya susah nak bajet untuk menang. Tambahan pula, hadiah yang ditawarkan terlalu kecil nilainya. Tak macam hadiah untuk contest ni. Lumayan habis!

Ok! Sebelum korang ketahui pemenang untuk contest review tu, apa kata korang baca dulu respon ZB dari beberapa cadangan/teguran/pandangan yang ZB terima.

Gunakan shoutmix – Bukan ZB tak mahu guna shoutmix tapi memandangkan dah terlalu ramai yang guna shoutmix tu, ZB pun ambil keputusan untuk guna Cbox kat blog ni. Itu pun dah nasib baik ZB letak sebab kalau nak ikutkan, ianya tak perlu pun. Huhu..

Link exchange – Pernah terfikir untuk wujudkan page link exchange kat blog ni tapi dengan status blog ZB yang tak femes ni, terus tak jadi sebab adakah blogger yang nak exchange link. Huhu.. Tapi ZB pernah menyatakan yang jika ada mana-mana blog yang menyertakan link blog ni pada entri mereka, ZB pula akan meletakkan link blog mereka kat entri di blog ni (lihat contoh DI SINI).

Domain tak menarik – Hehehee.. Tersengih ZB baca pandangan ni. Tapi tak dinafikan yang domain blog ni memang tak menarik. Orang bisnes cakap, takde nilai komersial. Menyesal tu ada la juga tapi benda dah jadi, nak menyesal terus menerus pun takde guna. Asalkan orang boleh ingat domain ZONBEBAS ni pun dah cukup. Yang penting, ZB ni terus berupdate dan ada pelawat. Lebih berbaloi-baloi daripda domain je cantik tapi blog takde pelawat.

Post mengenai gosip artis – Pasal gosip artis tu, rasanya belum pernah ZB post kat blog ni. Yang ada cuma gambar-gambar artis je. Maybe review tu merujuk kepada Zon Artis kot. Kalau Zon Artis tu, tak payah cakap la. Huhu.. Tapi nak ucap terima kasih bebanyak jugalah sebab memberi teguran yang membina plus ada nasihat di situ.

CommentLuv – Sebenarnya ZB pernah berkira-kira untuk pasang CommentLuv ni tapi oleh kerana ZB takut ianya mempengaruhi bandwidth yang boleh ‘mematikan’ blog ni, maka ZB pun abaikan. Lagipun ZB rasa tak penting sangat pun pasang CommentLuv ni. Yer la, kalau orang nak komen tak payah ada CommentLuv pun orang akan komen juga. Itu lebih baik dan nampak keikhlasan di situ. Huhu.. Apa-apa pun, nantikan CommentLuv muncul kat blog ni.

* * *

Itu je respon yang dapat ZB bagi sebab rata-rata review yang ZB baca adalah secara umum. Apa-apa pun, terima kasih di atas semua cadangan yang sungguh bernas. InsyaAllah ZB akan mempertimbangkan mana yang patut.

Oh ya, ada satu review yang ZB baca mengatakan yang ada kawan dia suka share post-post blog ni kat facebook sampaikan blogger tu (yang buat review) jeles. Hahahaa.. Jangan marah yer Jaws, gurau je. Jadi ZB nak ucapkan terima kasih bebanyak kat kawan Jaws tu (dahsyat, berkawan dengan ikan jerung) dan semua yang buat benda yang sama sebab sudi kongsikan apa yang ada kat blog ni kat facebook. Love u all.

Dan keputusan’nya, jeng.. jeng.. jeng..

Tempat pertama: yoy – Contest Review Blog Zon Bebas

- RM100 (ditaja oleh www.azizwan.com)
- 1 helai T-Shirt size M atau L (ditaja oleh Zon Artis)
- Pengiklanan selama 30 hari di bahagian sidebar blog ini.

Tempat kedua: nf – Sebebas manakah Zon Bebas?

- RM70 (ditaja oleh www.azizwan.com)
- 1 helai T-shirt size M atau L (ditaja oleh Zon Artis)
- Pengiklanan selama 30 hari di bahagian sidebar blog ini.

Tempat ketiga: Apiih – Contest Review Blog Zon Bebas

- RM50 (ditaja oleh www.azizwan.com)
- 1 helai T-Shirt size M atau L (ditaja oleh Zon Artis)
- Pengiklanan selama 30 hari di bahagian sidebar blog ini.

Tempat ke-4, 5 dan 6:

4) Asy – Contest Review Blog Zon Bebas

5) meng – ZON BEBAS : BUKAN TEMPAT UNTUK PERGAULAN BEBAS

6) jard – Contest Review Blog Zon Bebas

- RM10 (ditaja oleh www.azizwan.com)
- 1 helai T-Shirt size M atau L (ditaja oleh Zon Artis)

PERHATIAN! Keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Hadiah khas (Cabutan bertuah):

- hans

- bdk_SkemA

- Dauspozi

- Jaws

- Propito.com

P/s: Hadiah saguhati RM10 kepada Dauspozi kerana menjadi peserta pertama yang submit penyertaan. Semangat macam ni yang ZB mahukan. Jadi hadiah saguhati ni sebagai tanda terima kasih ZB kepada beliau.

Kepada yang tak menang tu, korang jangan kecik hati yer sebab kalau boleh memang ZB nak bagi semua menang. Tapi nak buat macam mana, hadiah hanya diperuntukkan banyak tu je. Nak ZB tambah hadiah, jujur cakap yang ZB bukan banyak duit sangat. So, hanya ucapan terima kasih yang dapat ZB berikan diatas kesudian korang menyertai contest review tu. Sayang korang.

Last but not least, terima kasih kepada penaja hadiah iaitu www.azizwan.com dan www.zonartis.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 21 comments… read them below or add one }

hans May 19, 2010 at 12:24 am

hahahha
baru nak tahu siapa menang
hohohoho
berdebar betul nih

Reply

azizuan May 19, 2010 at 1:43 am

ingatkan dah ada pemenang

Reply

Jaws May 19, 2010 at 3:24 am

aku berdebar giler2 siot~

Reply

Dauspozi May 19, 2010 at 7:41 am

ahaks… dah sah2 aku x menang… aku tgk entri mcm x betul jek. keh3… debaran menunggu result SPM, erk!… contest Review ZB

Reply

rehan May 19, 2010 at 9:57 am

nak join contest tapi cam ragu2.. terus tak join… hehhe…

Reply

x-po May 19, 2010 at 2:33 pm

hahaha ingtkan dh umum, walaupun aku xjoin, tp nape aku cam berdebar2 la plak..ada pe2 ke? hoho

Reply

Propito.com May 19, 2010 at 3:32 pm

hehe.. ingat da diumumkan..
x-po ni memang camni, dia pulak yang mengelabah..hehe
berdebar-debar ni,…huhuhu:)

Reply

sha-hir@meng May 19, 2010 at 11:46 pm

saspen je..igtkn aku dh menang..

Reply

Nizam6281 May 20, 2010 at 12:10 am

Cis baru nak tahu sapa menang ..haha

Reply

apiih May 20, 2010 at 12:24 am

hahaha..aku menang no 3.xsangka..huhu..tq ZonBebas

Reply

Nizam6281 May 20, 2010 at 12:25 am

Aku bantah!!! HAHAHA

Reply

Propito.com May 20, 2010 at 12:35 am

hehe. tahniah yang menang tu.. sedih gak kalah.. hahaha…
paling best dapat backlink antara kite, hehe.. ada gak la name aku kat zon bebas ni.. :)

Reply

Azizwan May 20, 2010 at 12:42 pm

encik propito menang hadiah khas.. huhu.. sila emelkan nama, alamat, no. tel & size t-shirt pilihan ke emel ZB.. rujuk alamat emel pd about :)

Reply

nf May 20, 2010 at 1:01 am

Thanks ZB sbb bagi sy menang :) Walaupun kat tempat kedua, sy mmg sgt2 bersyukur! Thanks ZB! Thanks byk2 :D

Reply

-Asy- May 20, 2010 at 2:55 pm

ha saguhati pun takper
aku pun masih nak merangkak
harap azizazwan ke
za ke zb ke admin ke
tak terasa ati ngan mana mana post aku ek
tunjuk ajar aku lagi
kalau ada lagi bagi la tau :-o

Reply

Dauspozi May 20, 2010 at 6:06 pm

Thanks bro… tahniah kepada para pemenang… keh3

Reply

DaHLia May 20, 2010 at 7:12 pm

tahniah kepada yang menang ya….. :)

Reply

yoy May 20, 2010 at 11:54 pm

salam..
peh..terkesima aku tatkala mendapat tahu kemenangan aku..
huhu macam tak percaye..apa2 pun terimaksih sbb memilih aku sbg pemenang..
thanks a lot:) 

Reply

bdk_SkemA May 21, 2010 at 8:11 pm

fuyooo tercalon gak aku…haha…thank a lot….btw tahniah untuk pemenang2 lain gak…..cayalah korang!!!!

Reply

zik May 22, 2010 at 12:49 pm

rugi2 aku tak join…

Reply

h3r0 May 27, 2010 at 11:43 pm

ah!!!! aku kecewa lagi..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: