Keputusan Permohonan Ke IPTA Sesi 2012/13 Dikeluarkan Jumaat Ini

Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat ini, 13 Julai 2012.
Pemangku Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Ismail Nor Hassan Basri berkata calon yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai pukul 12 tengah hari.
Calon boleh membuat semakan menerusi laman web http://upu.mohe.gov.my atau di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan hantar ke 15888.
