
Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya.. kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
“Tak tahu… !” “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayah.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu Cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas.
“Bagi makan panadol tu,” balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
“Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
“Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
“Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah” kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
“Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
“Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
Sumber: Mastika Mei 2004

{ 27 comments… read them below or add one }
Terharunyer baca..
sedihnye…tak sampai hati aku nak pukul anak sampai macam tu sekali…mak bapak yang bangang!!!!!!!!!!
bodo la mak bapak die!!!
geram lak aku, bangang nak mamposs!!!
Rase nak menangis bila baca cerita ni..terus teringat pd puteri jangtung hatiku yg baru berusia 2 thn yg nakal..sometimes karenahnya membuatkan ku nak marah..pernah menterbalikkan gitar kesayanganku yg ku beli dr zaman bujang yg berharga rm5k sehingga patah neck..hanya Allah yang tau betapa nak marahnya aku..tetapi bila dipikirkan balik gitarku hanya rm5k..tetapi anakku tidak ternilai…sehari tak menatap dan mendengar suaranya aku jd gelisah..jika terjadi sesuatu pdnya ambillah nyawaku bukan nyawa anakku…SAYANGILAH ANAK ANDA..
gua respek lu bro law betul lu punya pendirian mcm tu…
ntah2 da patah2 kne blasah hihihi
pukimak punya orag tua
dah pernah baca cerita ni! first time baca cerita ni saya menangis x sangka ada org tua yg kejam mcm tu, anak sekecil itu sanggup dipukul
sedihnya cite ni……
baghal punya mak bapak. syg harta bnda dr anak sndri..duniawi smata2..klu mak pak mati, suruh la keta tu yg doakan depa..
hurmmm..ak rsa sedih ni sbb marah kat parent tak guna 2…rasa kasihn sngt kt bdk 2 tme dia mnta tgn dia balik la..ksian diaa sangat2..T_T
mak bapak dia biar la..baru padan muka dorang..siapa suruh mlampau betull..dorg nangis sampai nak buta pun ak xkn kasihannnnn..xkannnnnnn sesekaliii~~
tapi benar ka ni rossss???
sedeh nya citer ni….;(
tu la kalau x guna otak!!!…pukul anak cam maner pon..kete tu x leh elok berkilat balik…!!!! nasihat jer lahhh budak kecik maner tau apa!!!! sengal punya mak bapak!!
aduh~~~
asal la aku bace nie sebelah bapak aku..mengalir plak air mate.. siap kene sindir..
“laki mane boleh nangis
hehee…sabo je laa…
bila kemarahan menyelubungi jiwa.akal sudah tiada.
menyesal pun xguna.
kesihan kepada yg memnaggung derita.
dibawa sampai kehujung hayat.
kereta ada sparepart tp adakah mnusia juga ade sparepart..
bangang n bahlul punya parent
aku nangis…x sangkaaa….cian bdk 2…lahir smpurna tp jd cacat sbb mak bapak pikir pakai kepala lutut…
menitis air mata…gile punya bapak………….
*Entri terbaru kat zartman´s [type]: BATIK SUTERA BATCH KE 18
sdeh cte nih..bangang pnye org!!lau ad dpn aq bangst2 2..aq hempok diorg dgn kayu!!xde otak!!
berkaca mataku membacanya….rase nk belasah je org tua tu…..
eee….tak sanggup betu laq nak pukul gitu2 jak …. kejamnya mak bapak dier tu …… dan sedih betul cerita ni…. nak nangi aq ni hah…….. pengumuman2 siapa yang ada anak tu jangan la pukul gitu2 jak sampai hati mak bapak dier pukul……….eeeeeeeeeeeee
Giler,klu yew pun marah,jgn la sampai pukul camtuh,anak ni amanah allah.
Kita kena memelihara bkn mendera…kesian ita…
nyawa seorg anak lagi berharga dari sebuah kereta..sedih baca..snggupnye la mak bapa diorg kn
sayangkan harta pun agak2 laaa…….
sedih sangat dgn budak kecil tuuu…
dah besar mcm mana dgn nasib dia…?
bongok la bapak dia nieee…
Nabi pernah berkata ” segagah2 seorang lelaki adalah bila dapat melawan amarahnya dengan sifat sabar. ” renung2kn lh dn jadikn iktibar ap yang d critakn itu.Myesal kmudian tiada berguna. Kereta yg rusak boleh d baiki atau d tukar ganti, bila tbuh bdan anak yg rosak suruh la MAK BAPAK budk tu cri kt spare part,ada x. Menangis airmta darah dh xberguna lgi.
adalah lebih baik kita mengajar anak tanpa gunakan benda. apa salahnya setakat dipukul dengan tangan sebagai pengajaran untuk anak kecil 3 thn. Istighfar panjang aku baca entry ni. tak pasal2 gelap masa depan anak kecil itu.
terkenang pada anak sulungku yg baru berumur 4 thn. T_T
alamak…kuo air mate bace entry ni..
*Entri terbaru kat tieha´s [type]: Sampul Duit Raya 2011