
LAS VEGAS: Bintang Hollywood, Liam Neeson, bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam.
Laporan media semalam menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia “diresapi semangat” itu (ingin menganut agama Islam) selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki.
Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia “gila” mendengarnya. Namun setelah mendengarnya setiap hari, seruan itu akhirnya meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah.
Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah menyebabkan dia benar-benar berfikir untuk menganut Islam.
Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat. Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.
“Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar – apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya? Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan dan fahaman atheis,” katanya. – TS
ZONBEBAS: Buat yang tidak tahu, Liam Neeson merupakan salah seorang pelakon dalam Star Wars: Episode I – The Phantom Menace (1999) dan dia memegang watak sebagai Qui-Gon Jinn. Gambar kat bawah ni.

{ 2 comments… read them below or add one }
allhamdulillah kalau betullah cerita tu
Allhamdulillah