
Sarung iPad terbaru daripada Aigner yang tampak bergaya.
IPAD mudah dibawa ke sana ke mari, namun usah pinggirkan penjagaannya. Bagi anda yang tercari-cari sarung iPad yang agak sofistikated, terkini Aigner memperkenalkan sarung tablet berkenaan sempena koleksi musim bunga dan panas 2012.
Ia tidak hanya membuatkan penampilan tablet begitu menarik, malah membantu untuk melindunginya. Bagi anda yang gemarkan warna gelap, sarung iPad Aigner ini memang sesuai kerana kedua-dua sarung berkenaan hadir dalam dua rona iaitu hitam dan perang. Anda boleh pilih warna yang anda suka.
Sedikit info, sarung berwarna hitam sesuai untuk mereka yang cenderung kepada warna polos. Namun bagi penggemar jenama ini, boleh memilih sarung warna perang yang hadir dengan corak geometri lambang jenama yang ramai pengikutnya ini.