CARA MUDAH MENJANA PENDAPATAN MELALUI HANDPHONE DENGAN TONE EXCEL

Mari solat gerhana matahari

by admin on January 15, 2010

Rasanya anda pun sudah tahu yang hari ini (15 Januari 2010) akan berlaku Gerhana Matahari yang mana ianya merupakan Gerhana Matahari Cincin. Jika berkesempatan, kita di Malaysia akan dapat melihatnya bermula sekitar jam 3 petang. Disebabkan berlakunya Gerhana Matahari ini, seluruh umat Islam disunatkan melakukan solat sunat gerhana (solat sunat Khusuf).

Gerhana matahari separa
Gerhana penuh matahari paling lama berlaku pagi tadi apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan sebahagian matahari terlindung. Atas kiri: Gambar Utusan dirakam di Menara Alor Setar. Atas kanan: Varanasi, India (AP). Bawah: Hyderabad, Pakistan (AP).

Mari solat gerhana matahari

WAHAI manusia! Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara sekian banyak bukti kebesaran Allah SWT. Dan keduanya tidak gerhana sebab kematian seorang manusia, oleh itu apabila kamu melihat gerhana itu, hendaklah kamu sembahyang sehingga cuaca menjadi terang kembali”. (riwayat Muslim)

Demikianlah seruan ibadat dari baginda Rasulullah setiap kali apabila alam diselubungi fenomena gerhana, sama ada gerhana matahari mahupun bulan.

Gerhana merupakan satu kejadian astronomi apabila kedudukan bulan atau matahari bertentangan antara satu sama lain dengan bumi menyebabkan ada bayang terkena pada permukaan bumi.

Ia satu fenomena alam yang sama sekali tidak ada kaitan atau menjadi petanda dengan sebarang kejadian lebih-lebih lagi yang buruk.

Ini termasuk pemergian putera kesayangan baginda, Ibrahim dalam usia 70 hari yang kebetulan meninggal dunia pada hari berlaku gerhana tersebut.

Jauh sekali fenomena itu kononnya disebabkan oleh kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaanNya seperti yang disebut oleh Rasulullah dalam hadis itu.

Namun yang jelas, ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada zaman ini. Tetapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Rasulullah SAW yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Sebagai umat Islam, apa yang patut kita lakukan apabila berlaku gerhana adalah seperti yang diseru oleh baginda, iaitu solat sunat gerhana yang dikenali sebagai solat sunat khusuf.

Malah dalam sesetengah riwayat yang lain, tidak sahaja solat sunat malah umat Islam digalakkan untuk melakukan amalan-amalan kebaikan yang lain terutamanya bersedekah, berzikir dan berdoa.

Secara amnya, solat sunat gerhana dilakukan sebanyak dua rakaat yang dilakukan sejurus berlaku fenomena itu.

Namun seperti yang dilakukan oleh Rasulullah, walaupun dua rakaat sahaja, namun ia berakhir sehinggalah gerhana itu berakhir dan alam kembali terang.

Ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis;

“Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata: Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan oleh baginda: Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah)”. Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW. rukuk dua kali dalam satu rakaat.

Pada rakaat kedua Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu”. (riwayat Bukhari dan Muslim).”

Selaku penganjur, Masjid Negara menjemput umat Islam mendirikan solat sunat khusuf dan mendengar khutbah khas sempena gerhana bermula selepas solat Jumaat iaitu dijangka pada pukul 3.45 petang.

Ini apabila dijangkakan hari ini akan berlaku fenomena alam yang unik itu.

Maka seluruh umat Islam tanpa mengira jantina, umur dan kedudukan amat digalakkan (sunat muakkad) supaya mendirikan solat sunat gerhana ini.

- Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... BISNES JUAL PREPAID TOPUP

{ 3 comments… read them below or add one }

Kacak Bergaya January 16, 2010 at 2:38 am

visiting and nuffed cimb.. td cuba jugak tgk gerhana.. mcm xdak ja..

Reply

Dak Wan January 16, 2010 at 5:46 am

Clear ke nampak gerhana tadi?

Reply

maisyara January 16, 2010 at 7:28 am

td ade ar nmpk gerhana.. pelik gak td agak mendung sikit.. igt kn nk hujan.. rupa yea gerhana.. my bro solat gerhana matahari td.. but, me? taleyh.. ngeeee~~~

subhanallah!

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: