PERADUAN AKU SUDIRMAN ASTRO


Muzik Dangdut Tingkatkan Hasil Ayam Di Indonesia

by admin on February 22, 2012

DANGDUT TINGKAT HASIL AYAM DI INDONESIA

Bunyinya agak kelakar, tapi itulah realiti yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia. Dendangan muzik rancak seperti dangdut serta irama muzik perlahan yang diperdengarkan kepada ayam pedaging oleh ratusan penternak di desa Sumbersuko, Tlogowaru, Bandar Malang, Jawa Timur dilaporkan berhasil meningkatkan mutu ternakan mereka sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Sejak menggunakan teknik terapi muzik itu yang dimainkan 24 jam, para penternak di kawasan itu mendakwa mereka berupaya menuai hasil ternakan yang lebih sempurna, berbanding sebelum itu di mana jumlah ayam yang mati setiap kali musim tuaian agak tinggi.

Lagu-lagu rancak atau dangdut yang diperdengarkan kepada ayam-ayam itu bukanlah membuat mereka berjoget ataupun sebaliknya menjadikan mereka terlelap bila mendengar lagu berirama perlahan yang mendayu-dayu, tetapi muzik itu bertujuan menjadikan ayam ternakan mereka tidak mudah terkejut sehingga boleh menyebabkan kematian, agensi berita ANTARA melaporkan hari ini.

“Sejak menggunakan terapi muzik, kami berjaya menuai hasil ayam secara sempurna, dan dilakukan empat kali dalam setahun. Padahal, sebelum menggunakan terapi muzik, sekitar 30 peratus daripada 1,000 ayam kami mati setiap kali menuai hasil,” kata Ahmad Fauzi, salah seorang penternak di kawasan itu.

Fauzi, 29, berkata terapi muzik untuk ayam sudah popular di kalangan penternak kawasan Tlogowaru sehingga ia tidak dianggap aneh bagi masyarakat tempatan, walaupun belum ada bukti perubatan tentang kesan terhadap kesihatan ayam yang mendengar muzik itu. – Bernama

Zon Bebas says: Jika ada antara anda yang menternak ayam atau mengusahakan penternakan ayam, bolehlah cuba cara ini. Siapa tahu ianya benar-benar membantu dalam meningkatkan hasil ayam. Kami cadangkan anda pasang lagu Goyang Inul. Hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 2 comments… read them below or add one }

kl@n@ February 24, 2012 at 6:50 pm

mcm org jepun bela lembu kobe.. pun guna muzik.. blh hasil daging lembu termahal di dunia..
*Entri terbaru kat kl@n@´s [type]: Tempat Menarik Di Langkawi – 2 Hari Pusing Pulau (Pt 3)

Reply

cahaya March 26, 2012 at 5:44 pm

ada keberkataan ke kalau makanan macam ni?
memang lah banyak, tapi barakahnya boleh hilang kalau melalaikan pekerja..
kenapa tidak diamalkan bacaan quran, atau paling kurang lagu-lagu yang lebih baik..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: