Anda ingin memiliki telefon pintar tapi tidak mempunyai bajet yang besar? Mungkin telefon pintar keluaran Nokia yang diberi nama Lumia 610 boleh anda pertimbangkan kerana harganya adalah antara yang terendah di pasaran buat masa ini dan aplikasinya juga not bad dimana semua aplikasi asas serta popular ada padanya. Dipendekkan cerita, Lumia 610 keluaran Nokia ini sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan telefon pintar.
Ikuti berita lanjut dan video kat bawah ni:-

NOKIA optimis dengan pengenalan Lumia 610 yang dijangka terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai disebabkan beberapa faktor penarik selain beroperasi di atas platform Microsoft Windows.
Antaranya termasuk harga yang mampu dimiliki (RM699), lebih mesra pengguna, mudah dikendalikan menggunakan skrin peka sentuhan, reka bentuk dan pilihan warna menarik.
Ketua Pengurusan Produk dan Pemasaran Nokia bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Glen Cha berkata, Nokia Lumia 610 sudah berada di pasaran sejak kira-kira tiga minggu lalu dan ia didapati mendapat sambutan menggalakkan.
“Kami menyasarkannya kepada pengguna yang baru hendak beralih ke telefon pintar dan ibu bapa yang hendak membelikan telefon pintar untuk kegunaan anak mereka,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Glen, lebih istimewa telefon baru itu amat mudah dikendalikan dan menggunakan konsep hab iaitu mengumpulkan beberapa aplikasi berkaitan ke dalam satu hab.
“Misalnya People Hub yang tentunya berkaitan dengan aplikasi rangkaian sosial seperti facebook, twitter, LinkedIn dan sebagainya yang boleh digunakan hanya dengan sekali log masuk. Begitu juga beberapa hab lain termasuk gambar, video dan lebih 80,000 aplikasi sedia dipindah turun,” katanya.

{ 2 comments… read them below or add one }
Org skg sibuk ngan android la..sian nokia…masa org tgh sibuk guna windows mobile, ngko masih angkuh dgn symbian ko sendiri…bila org dah x pandang win MO, ko baru terhegeh2 nak perkenalkan..cubalah cipta telefon android, barulah org tertarik..cuba tgk samsung…bijak kuarkan mcm2 jenis model untuk android dr yg termurah hingga yg termahal untuk memikat pembeli..kat mana2 skg ramai org prefer samsung berbanding nokia utk jenis telefon sentuh tapi murah..
NOkia Lumia memang cun.. tapi tulah, kitorang dah mula seronok dengan android
*Entri terbaru kat zuls´s [type]: Euro 2012 Juara Pilihan Lelaki Kacak Peminat Bola [Contest]