Sekarang ni semua ISP kat Malaysia ni sedang berlumba-lumba untuk memenangi hati pengguna internet agar menggunakan perkhidmatan mereka dan yang paling ketara adalah dari TM (Streamyx) dan juga P1 Wimax sampaikan masing-masing mengeluarkan iklan yang boleh dikategorikan sebagai ‘menghanjeng’ antara mereka.
Jika TM dengan iklan pemandu kereta berlesen P (simbolik utk P1 Wimax kot dgn tagline yang bunyinya lebih kurang – kenapa percaya pada yang kurang berpengalaman?), P1 Wimax pula dengan tagline panas dan kontroversi’nya iaitu POTONG. Kami jamin kedua-dua pihak tak senang duduk dengan iklan dari pihak lawan. Hehee..
Tapi kan, tertanya-tanya juga kenapa gambar seperti di bawah ini harus berlaku? Cuba korang lihat sendiri..


Jadi persoalannya sekarang, apakah motif dealer P1 Wimax tu menggunakan payung yang dah terang-terang tertera dengan trademark TM? Sebagai pelindung dari panas terik?
Jika alasan hanya sebagai ‘pelindung’, memang tak berapa nak konkrit la alasan tersebut kerana jika hanya untuk pelindung, kenapa tak guna sahaja payung lain yang takde trademark TM? Takkan P1 Wimax langsung takde bajet nak sediakan payung seperti itu untuk dealer mereka? Macam mana orang nak percaya kalau mereka sendiri menggunakan ‘perkhidmatan’ pesaing mereka? Hurm..
Atau mungkin ianya juga merupakan salah satu strategi untuk menarik perhatian pelanggan lebih-lebih lagi pengguna Streamyx untuk datang ke ‘booth’ tersebut sekaligus memberi penerangan kenapa mereka perlu ‘POTONG’ dan menggunakan P1 Wimax. Mungkin ianya berkesan. Tapi dari sudut etika perniagaan, nyata mereka ‘failed’ kerana mereka telah mengelirukan pelanggan. Betul kan?
Ke mereka adalah dealer untuk kedua-dua ISP tu? Huhu.. Apa-apa pun, bagi kami Streamyx masih yang terbaik kerana kami adalah pengguna Streamyx. Hehee..
+ Gambar adalah hak milik DJ AUS N DE HOUSE
{ 14 comments… read them below or add one }
EPIC FAIL!! hahahaha..
Fanboy TM ke bro? lgpun ni satu booth p1 wimax je…bukan semua booth buat camtu…
So takkan ni pun klasifikasikan sebagai strategi kotor…
lol.. p1 wimax spot uses tm umbrella?? lol
Ala strategi bisnes biasalah.. Memacam caranya..
Kita bukan org bisnes mana tau..
ada gk spesies gini..ni kalu TM tau memang kena serbu a..diorang gi ambik payung tu..
strategi pemasaran, macam2 diorang boleh buat tapi jgn kelirukan pengguna. Tapi bagi aku streamyx is the best.
streamyx gak best =)
aku masih tetap suka pakai streamyx. hehe..
baru hari tu nampak streamyx punya dealer kat Giant Bandar Puteri, Puchong guna P1 wimax kat pc dia. kahkahkah
ah..
poyo ar 2 sume..
publisiti jek..
ceh..
sokong…streamyx adalah yg terbaik…
alaaa
semua tu bdk2 buat duitlah.kadang2 di pi jual wimax kadang2 pi jual steramyx
leapstu duit masuk poket
huhu
klu x nk serabut pale otak..senag je.. diorag tu egent utuk kedue due nye… kat shopping kompleks kan byk.. kaunter streamyx tp ade promot p1 jugak..
strymex tha best.. aku x suka yg wireless.. lebih2 lagi berukband