Ini serius bodoh! Seorang wanita yang berasal dari St Petersburg, Russia iaitu Kristina Rei sanggup membelanjakan 4,000 pound (sekitar RM20,000) untuk membuat suntikan bibir kerana dia tidak suka memiliki bibir nipis. Walaupun sudah membuat suntikan, dia yang baru berusia 22 tahun masih tidak berpuas hati dengan suntikan itu yang kemudiannya melakukan 100 kali lagi suntikan silikon bagi membolehkan dia memperoleh bibir yang tebal dan muncung.
Kat bawah ni gambar yang menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas dia membuat suntikan terhadap bibirnya. Nyata bibirnya kini lebih tebal dan muncung dari sebelumnya tapi serius cakap, ianya sangat HODOH! Saksikan..
Iklan terbaru sebuah syarikat telefon bimbit gergasi di Britain iaitu Phones4u mendapat kritikan daripada ramai pihak apabila iklan tersebut dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan umum terutamanya kanak-kanak. Ini kerana, iklan dengan slogan Missing Our Deals Will Haunt You itu menunjukkan hantu budak perempuan yang menakutkan seorang wanita di kawasan meletak kenderaan bawah tanah. Kat bawah ni iklan tersebut. Anda lihat sendiri untuk menentukan tahap keseramannya kerana bagi kami takdelah seram mana. Biasa-biasa je.
Entah apa sebenarnya yang berlaku, seorang lelaki menemui ajal akibat ‘dikerjakan’ oleh seekor gajah sehingga lunyai. Gambar-gambar kat bawah ni menunjukkan bagaimana gajah yang beratnya bertan-tan itu memijak badan lelaki tersebut.
Beginilah nasib malang seorang kanak-kanak di China yang menjadi mangsa sindiket yang menjadikan dia sebagai pengemis. Dia disuruh mengemis dalam keadaan bogel bagi menagih simpati orang ramai yang lalu-lalang. BODOH punya sindiket!
Akibat dirantai dengan begitu ketat semasa berada dalam penjara haram di Hunan untuk satu tempoh yang agak lama, daging tangan Zhang Chuanqiu, seorang lelaki Cina yang berusia 27 tahun telah melekat dengan rantai besi yang digunakan malah rantai itu juga menembusi pergelangan tangan’nya.
Chuanqiu dipenjarakan kerana pergaduhan atas satu pinjaman untuk membina rumahnya. Kini dia ingin membuat pembedahan yang memerlukan belanja kira-kira $1,600 untuk membuang rantai tersebut termasuk rawatan lanjut bagi mengelakkan jangkitan yang lebih teruk. – huffingtonpost
Kat bawah ni beberapa gambar yang menunjukkan rantai besi melekat dan menembusi pergelangan tangan Chuanqiu itu. Agak ngeri juga melihatnya.
Qatar dipilih sebagai tuan rumah atau penganjur untuk World Cup 2022. Walaupun masih ada tempoh 10 tahun lagi sebelum jaguh-jaguh bola sepak dari seluruh pelusuk dunia datang bertandang, tapi Qatar dikatakan telah membuat persiapan untuk menjayakan sukan yang hanya berlangsung 4 tahun sekali itu dan kami ada menerima beberapa gambar yang menunjukkan gambaran bagaimana rupa beberapa venue untuk World Cup 2022 itu nanti. Namun tak tahu ler betul atau tidak yang Qatar akan membuat venue perlawanan seperti itu. Tapi jika betul, ianya memang amazing. So amazing! Saksikan..
Inilah tab mandi yang kini direkodkan sebagai tab mandi termahal di dunia. Berharga £1 million (dalam lingkungan RM5 juta) dan dijual di Festival Barangan Kemas Antarabangsa yang berlangsung di Dubai. Tab mandi termahal di dunia itu dikatakan mempunyai kuasa luar biasa untuk memulihkan pelbagai penyakit. Dinamakan sebagai Le Grand Queen, tab mandi berkenaan diperbuat daripada batu permata Caijou yang sangat keras dan dihasilkan melalui proses gunung berapi di Indonesia.