by admin on October 18, 2011

Mayat bayi yang dibawa oleh anggota polis
Berlaku di Betong, Sarawak, seorang pelajar berusia 16 tahun sanggup mengelar bayi perempuan yang baru dilahirkannya sehingga mati di bilik asrama sekolahnya, semalam hanya kerana teman lelakinya tidak mahu menerima anak luar nikah yang dikandungnya itu.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi di asrama sekolah dimana pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Seperti dilaporkan, terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai. Kat bawah gambar bayi tu, kalau rasa tak sanggup nak tengok, kami sarankan jangan tengok.
[click to continue…]
by admin on October 17, 2011

Ini adalah coklat terbesar di dunia yang dihasilkan oleh World’s Finest Chocolate di Chicago, Illinois. Coklat ini telah memecahkan rekod dunia sebelumnya sekaligus mencatat rekod baru dalam Guinness World Record pada 13 September 2011. Coklat ini memiliki tinggi 1 meter dan panjang 7 meter, berat 5,529kg mengalahkan rekod coklat sebelumnya yang beratnya mencapai sedikit lebih dari satu tan.
Namun begitu, rekod dunia untuk coklat yang dibuat oleh World’s Finest Chocolate ini tidak bertahan lama kerana beberapa hari lalu, Guinness World Record telah mengesahkan bahawa coklat yang dibuat oleh Thorntons merupakan pemegang rekod coklat terbesar dunia sekarang ini dengan ukuran 4 meter lebar dan 4 meter panjang. Beratnya 5,827kg (sumber). Apa-apa pun, jom layan kesemua gambar kat bawah ni.


[click to continue…]
by admin on October 13, 2011

Berlaku di Beijing, China – Seorang wanita dipaksa melutut di atas jalan selepas dia yang menunggang motosikal melanggar belakang sebuah kereta. Beberapa siri gambar menunjukkan wanita tersebut berlutut di sebelah motosikalnya sambil diperhatikan seorang lelaki yang dikatakan merupakan pegawai polis trafik.
Menurut orang ramai, wanita tersebut dipercayai terlanggar bahagian belakang sebuah kereta dan walaupun tiada kerosakan besar, pemilik kereta memaksa penunggang itu melutut. Pengguna Internet di China yang terkejut dengan kejadian itu menggesa mangsa melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.

[click to continue…]
by admin on October 13, 2011


Sekali pandang, anda pasti tidak akan percaya bahawa muka yang dipegang oleh lelaki itu hanyalah replika jika ianya diletakkan pada muka kerana ianya sangat realistik. Dicipta oleh sebuah syarikat di Jepun iaitu REAL-f.
Mereka akan mengambil imej pegun wajah secara digital terlebih dahulu sebelum replika muka dihasilkan menggunakan Vinil Klorida keras. Replika muka yang terhasil dipanggil 3DPF (3 Dimensional Photo Form).

[click to continue…]
by admin on October 11, 2011
Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.
1. Dari segi warna

Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
2. Dari segi serat daging

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging diregangkan bersama (lihat gambar).
[click to continue…]
by admin on October 11, 2011

Berlaku di Zaragoza, Sepanyol, seorang matador bernama Juan Jose Padilla telah ditanduk oleh seekor lembu jantan menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk pada mukanya. Kejadian berlaku selepas Padilla tergelincir ketika melakukan persembahan.
Seperti dilaporkan, tanduk lembu jantan seberat 679 kilogram itu menembusi muka Juan Jose Padilla, dari rahang bawah hingga ke lesung matanya dan timbul di sebelah biji matanya yang tersembul.


Juan Jose Padilla dikejarkan ke hospital dengan mukanya berlumuran darah sambil dia meraung: “Saya tidak boleh melihat. Saya tidak nampak apa-apa.” Padilla, 39, menjalani pembedahan selama lima jam selepas cedera teruk pada mata, tulang, otot dan kulit muka.
Kepingan titanium dan jejaring digunakan oleh pakar bedah untuk membentuk semula muka Padilla. Padilla juga bernasib baik kerana tanduk lembu itu tidak menembusi otaknya yang mungkin membunuhnya.
Saksikan video kat bawah ni. [click to continue…]
by admin on October 11, 2011

Kerana taksub dengan Superman, seorang lelaki di Filipina, Herbert Chavez, 35, sanggup menjalani pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung seperti Superman. Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot.

Melalui Facebook’nya yang menggunakan nama Herbert Chavez (Clark), dia dengan penuh yakin menyatakan – Saya mengambil keputusan menjadi Superman kerana sejak kecil saya mahu menjadi sepertinya. Saya sedar dengan kelihatan seperti Superman akan menggembirakan saya dan saya berpuas hati selagi saya tidak mencederakan sesiapa.

Layan pula video kat bawah ni. [click to continue…]