by admin on October 7, 2011
Rasanya semua orang tahu bahawasanya elemen yang sangat penting bagi sesebuah kedai yang menjual makanan adalah kebersihan. Tapi di salah sebuah restoran KFC di China, elemen itu nampaknya diabaikan bila keadaan dalam restoran KFC tersebut nampak kotor dengan bekas makanan yang bertaburan di atas lantai. Tapi peliknya, ianya tetap menjadi tempat pilihan orang ramai untuk mengisi perut.


[click to continue…]
by Tukang Karut on October 7, 2011

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Nurul Iman Abdullah cedera teruk digigit oleh beruk perliharaan jiran datuknya, Rosli Adom, 46. Kejadian itu berlaku di Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Bukit Merah. Lihat saja keadaan luka pada badan mangsa, nyata ianya sungguh menyakitkan. Ngeri pun ada.
[click to continue…]
by admin on October 6, 2011
Satu berita yang pastinya mengejutkan ramai pengguna teknologi lebih-lebih lagi pengguna produk Apple dimana pengasasnya iaitu Steve Jobs telah meninggal dunia. Perkara ini dimaklumkan oleh pihak Apple sendiri melalui press release yang mereka keluarkan di website mereka www.apple.com.

R.I.P Steve Jobs
[click to continue…]
by admin on October 5, 2011

IMEJ menjengkelkan ini menunjukkan seekor anjing rakun disiat kulitnya hidup-hidup bagi membuat but kulit tiruan murah yang dibeli oleh ribuan warga Britain.
But asli kulit haiwan dibuat daripada kulit biri-biri dari Australia yang diambil melalui penyembelihan secara wajar. Bagaimanapun, rakaman filem (di akhir post ini nanti) menunjukkan layanan kejam ke atas haiwan yang berlaku di China apabila kulitnya digunakan untuk membuat but bulu haiwan tiruan berkenaan. Kulit anjing rakun disiat dalam keadaan masih hidup dan bergerak ditunjukkan dalam filem kempen aktivis haiwan. Haiwan yang bertimbun itu mengambil masa hingga tiga jam untuk mati.

Haiwan yang ketakutan itu dipukul dengan kayu dan dilihat menggelupur kesakitan ketika pekerja mengelar kulitnya sebelum menyiatnya. Proses yang menyeksakan itu bermula dari kaki hingga ke bahagian atas tubuh haiwan berkenaan. Pekerja juga dilihat memijak kepala haiwan terbabit supaya ia tidak melawan. Rakaman filem mengejutkan itu yang disiarkan dalam Herald Sun mencetuskan kemarahan dan mendorong aktivis menuntut larangan perdagangan anjing rakun.

[click to continue…]
by admin on October 5, 2011

Jus katak. Dengar saja namanya, sudah buat tekak ini rasa loya apatah lagi mahu meminumnya. Tapi di Peru, Jus Katak bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat di sana. Mereka sanggup minum Jus Katak setiap hari kerana percaya ianya membantu mencegah penyakit paru-paru.
Lokasi paling terkenal dengan Jus Katak ini adalah di sebuah bar makanan segera di Lima yang telah beroperasi selama 15 tahun. Menurut penjual di kedai tersebut, Jus Katak tersebut boleh menguatkan badan serta tulang dan ianya juga dapat menyembuhkan rabun mata.

Tengok video kat bawah ni: [click to continue…]
by Tukang Karut on October 5, 2011

Malang buat seorang lelaki, Mohd Abdul Wahab Mat, 37, yang kini berada dalam keadaan koma dan bertarung dengan maut selepas bilah mesin rumput tertusuk pada kepalanya. Semuanya berlaku kerana dia tersilap menekan suis mesin pemotong rumput ketika mahu menukar bilahnya menyebabkan satu daripada bilah mesin berkenaan melantun lalu menusuk kepalanya.
Kejadian berlaku pada jam 7.10 malam Ahad lalu di rumahnya di Kampung Tok Tambak, Tunjang, Jitra, dan mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Menurut abang mangsa, Mohamad Nor, 49, ketika dibawa ke HSB, mata pisau itu dikatakan masih melekat di kepala adiknya dan hanya dibuang doktor selepas menjalani pembedahan tidak lama kemudian.
[click to continue…]
by admin on October 4, 2011

Di Koak Roka, Kemboja, terdapat seorang kanak-kanak yang menyusu terus dari lembu seperti menetek susu ibu. Namanya Tha Sophat yang kini berusia 20 bulan. Tha Sophat mulai menyusu dengan lembu sejak orang tuanya pergi ke Thailand untuk mencari pekerjaan.
Menurut datuknya, Um Oeung, Tha Sophat mulai menyusu dengan lembu pada Julai lalu iaitu setelah Sophat melihat anak lembu menyusui ibunya. Pada awalnya, Oeung menghalang Sophat daripada menyusu dengan lembu namun lama kelamaan Oeung menyerah kalah kerana Sophat memberontak.
Oeung menyatakan, lembu tersebut tampak tidak keberatan ketika Sophat menyusu dengannya. Meski demikian, Oeung sangat bimbang akan kesihatan Sophat yang menyusu dari lembu secara langsung itu kerana susu lembu yang belum dimasak mengandungi bakteria.


Lihat pula video kat bawah ni.
[click to continue…]