by admin on September 21, 2011

Seorang lelaki di Utara Greece sanggup membakar dirinya sendiri dengan alasan yang dia mahu mati kerana tidak mampu untuk membayar hutangnya yang banyak. Tapi kenapa dia memilih untuk mati dengan membakar diri sendiri instead terjun bangunan tak tahu la pulak. Mungkin baginya terjun bangunan tak thrill kot. Walau bagaimanapun, niatnya untuk mati hangus itu gagal kerana berjaya diselamatkan oleh pihak polis. Tapi yang pasti, badan’nya melecur. STUPIDO!

[click to continue…]
by admin on September 21, 2011

Breast Slapping merupakan satu teknik perubatan alternatif yang ada di Thailand yang mana ianya untuk membesarkan payudara. Diusahakan oleh Khunying. Semasa rawatan, payu dara pelanggan akan ditampar-tampar sehinggalah rawatan selesai.
Jangan tidak tahu, rawatan alternatif ini sudah diluluskan oleh kerajaan Khemmikka Na Songkhla. Selain rawatan breast slapping untuk membesarkan payudara, rawatan Buttock Slapping juga ditawarkan yang mana ianya untuk membesarkan punggung.
Layan video kat bawah ni: [click to continue…]
by admin on September 21, 2011

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi dikerusi belakang.
[click to continue…]
by admin on September 21, 2011

Melihatkan potret di atas, agak sukar untuk mempercayai yang ianya dihasilkan daripada cantuman dadu kerana secara logiknya mana mungkin dadu yang hanya mempunyai DOT itu boleh dibentuk menjadi sebuah potret yang menunjukkan wajah manusia. Tapi dengan kemahiran, ketelitian serta kesabaran, ianya tidak mustahil.

[click to continue…]
by admin on September 20, 2011
Siapa tak kenal Dr Rozmey, usahawan Melayu yang telah berjaya dengan produk pelangsingan’nya iaitu JUS MATE 5. Di atas kejayaannya itu, tidak hairanlah dia mampu bergaya dengan sebuah kereta Ferrari F430 yang harganya mencecah RM1,200,000.00 (rujukan). Fuhhh!

Lagi gambar [click to continue…]
by Tukang Karut on September 19, 2011

LONDON – Pasangan kembar siam berusia 11 bulan yang melekat di kepala berjaya dipisahkan oleh sepasukan doktor dari Britain, selepas melalui beberapa pembedahan.
Rital dan Ritag Gaboura, akhirnya dipisahkan pada 15 Ogos lalu di Hospital Great Ormond selepas dibawa dari Sudan hasil sumbangan orang ramai.
Walaupun kedua-dua mereka tidak berkongsi tisu otak yang sama, namun pembedahan ke atas mereka masih berisiko tinggi kerana jika berlaku tekanan darah rendah, maka ia boleh mengancam nyawa pasangan berkenaan.
Rital dan Ritag Gaboura dilahirkan menerusi pembedahan, September tahun lalu di Khartoum, Sudan.
Kedua-dua ibu bapanya adalah doktor dengan bapanya, Abdelmajeed Gaboura, 31, merupakan pakar sakit puan manakala ibunya, Enas, 27, masih dalam latihan kedoktoran.
Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, ibu bapa pasangan bayi kembar itu amat berterima kasih terhadap sekumpulan doktor yang berjaya memisahkan anak-anak mereka itu.

“Kami gembira kerana anak-anak kami ini berjaya menjalani pembedahan yang diperlukan. Kami juga tahu, ada banyak kanak-kanak lain yang memerlukan sumbangan untuk menjalani rawatan, justeru kami akan berusaha mendapatkan sumbangan berkenaan,” katanya.
Kelahiran melibatkan kembar siam berlaku satu dalam 2.5 juta kelahiran. Kebiasannya 40 peratus daripada pasangan kembar siam meninggal dunia semasa dilahirkan manakala tiga peratus pula meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.
[click to continue…]
by admin on September 19, 2011
Singapore Institute of Management-University of London’s (SIM-UOL) telah mengadakan satu kem orientasi bagi suai kenal pelajar baru yang seramai 400 orang dan kebanyakkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Tetapi aktiviti yang dianjurkan di kem tersebut menjadi kontroversi selepas pelajar melaporkan kepada ibu bapa mereka mengenai apa yang mereka lalui di kem orientasi tersebut.
Mereka disuruh bermain beberapa permainan supaya lebih terbuka dan berkenalan termasuk makan biskut sehingga memeluk rakan yang berlainan jantina dan juga satu lagi aktiviti dimana pelajar perempuan akan berbaring secara terlantar kemudian pelajar lelaki berada di atas seolah-olah sedang melakukan tekan tubi. Dua gambar yang kami perolehi kat bawah ini membuktikannya dan anda lihatnya sendiri.

[click to continue…]