by admin on September 21, 2011

Melihatkan potret di atas, agak sukar untuk mempercayai yang ianya dihasilkan daripada cantuman dadu kerana secara logiknya mana mungkin dadu yang hanya mempunyai DOT itu boleh dibentuk menjadi sebuah potret yang menunjukkan wajah manusia. Tapi dengan kemahiran, ketelitian serta kesabaran, ianya tidak mustahil.

[click to continue…]
by admin on September 20, 2011
Siapa tak kenal Dr Rozmey, usahawan Melayu yang telah berjaya dengan produk pelangsingan’nya iaitu JUS MATE 5. Di atas kejayaannya itu, tidak hairanlah dia mampu bergaya dengan sebuah kereta Ferrari F430 yang harganya mencecah RM1,200,000.00 (rujukan). Fuhhh!

Lagi gambar [click to continue…]
by Tukang Karut on September 19, 2011

LONDON – Pasangan kembar siam berusia 11 bulan yang melekat di kepala berjaya dipisahkan oleh sepasukan doktor dari Britain, selepas melalui beberapa pembedahan.
Rital dan Ritag Gaboura, akhirnya dipisahkan pada 15 Ogos lalu di Hospital Great Ormond selepas dibawa dari Sudan hasil sumbangan orang ramai.
Walaupun kedua-dua mereka tidak berkongsi tisu otak yang sama, namun pembedahan ke atas mereka masih berisiko tinggi kerana jika berlaku tekanan darah rendah, maka ia boleh mengancam nyawa pasangan berkenaan.
Rital dan Ritag Gaboura dilahirkan menerusi pembedahan, September tahun lalu di Khartoum, Sudan.
Kedua-dua ibu bapanya adalah doktor dengan bapanya, Abdelmajeed Gaboura, 31, merupakan pakar sakit puan manakala ibunya, Enas, 27, masih dalam latihan kedoktoran.
Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, ibu bapa pasangan bayi kembar itu amat berterima kasih terhadap sekumpulan doktor yang berjaya memisahkan anak-anak mereka itu.

“Kami gembira kerana anak-anak kami ini berjaya menjalani pembedahan yang diperlukan. Kami juga tahu, ada banyak kanak-kanak lain yang memerlukan sumbangan untuk menjalani rawatan, justeru kami akan berusaha mendapatkan sumbangan berkenaan,” katanya.
Kelahiran melibatkan kembar siam berlaku satu dalam 2.5 juta kelahiran. Kebiasannya 40 peratus daripada pasangan kembar siam meninggal dunia semasa dilahirkan manakala tiga peratus pula meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.
[click to continue…]
by admin on September 19, 2011
Singapore Institute of Management-University of London’s (SIM-UOL) telah mengadakan satu kem orientasi bagi suai kenal pelajar baru yang seramai 400 orang dan kebanyakkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Tetapi aktiviti yang dianjurkan di kem tersebut menjadi kontroversi selepas pelajar melaporkan kepada ibu bapa mereka mengenai apa yang mereka lalui di kem orientasi tersebut.
Mereka disuruh bermain beberapa permainan supaya lebih terbuka dan berkenalan termasuk makan biskut sehingga memeluk rakan yang berlainan jantina dan juga satu lagi aktiviti dimana pelajar perempuan akan berbaring secara terlantar kemudian pelajar lelaki berada di atas seolah-olah sedang melakukan tekan tubi. Dua gambar yang kami perolehi kat bawah ini membuktikannya dan anda lihatnya sendiri.

[click to continue…]
by admin on September 14, 2011

Di pinggir bandar Yokohama di Jepun, terdapat sebuah hotel yang kelihatan seperti hotel penginapan kecil lain di bandar raya itu. Tapi jangan terkejut kerana ia bukan hotel biasa, tetapi hotel untuk orang yang sudah meninggal dunia.
Mayat yang dihantar ke hotel tersebut akan diletakkan di dalam peti sejuk mayat dengan harga 12,000 yen (RM476) sementara menunggu giliran untuk dibawa ke salah satu tempat pembakaran mayat di bandar raya itu.
Di Yokohama, purata tempoh menunggu untuk tempat membakar mayat lebih empat hari. Ini menyumbang kepada permintaan yang tinggi bagi rumah mayat sementara seperti Lastel. Jika tidak, mereka perlu menyimpan mayat di rumah yang pastinya tidak cukup ruang lebih-lebih lagi jika rumah mempunyai ruang yang kecil.

[click to continue…]
by Tukang Karut on September 14, 2011

Emily bersama fosil yang dijumpainya
Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakannya untuk membina istana pasir.
Emily menemui fosil seberat 57 kilogram itu yang jarang didapati itu di kawasan Taman Air Cotswold dengan bantuan bapanya Jon, 40. Selepas cangkerang itu ditemui, dia menyerahkannya kepada seorang ahli geologi, Neville Hollingworth untuk dibersihkan. Cangkerang itu diberi nama Spike oleh Emily.
Fosil lengkap berdiameter hampir 40.6 sentimeter itu berasal daripada haiwan moluska yang mempunyai cangkerang yang hidup di lautan disimpan di kediaman keluarga berkenaan setelah ia dipamerkan kepada umum. [click to continue…]
by admin on September 14, 2011

BUTTERWORTH: Seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara (SPU) di sini, kesal dengan tindakan pengawas sekolah mereka yang mengambil alih kuasa guru disiplin dengan merotan mereka atas kesalahan merokok.
Berikutan tindakan itu, ada antara pelajar terbabit mendakwa terpaksa tidur meniarap kerana mengalami kesakitan di bahagian kaki dan belakang badan.
Pelajar terbabit berkata, mereka tidak mempertikaikan jika hukuman dilakukan guru disiplin secara tertutup dan bukannya oleh pengawas yang terikat dengan peraturan sekolah. Seorang daripada pelajar terbabit berkata kejadian itu bermula apabila gelagat mereka menghisap rokok di luar kawasan sekolah dikesan pengawas kira-kira jam 3 petang, Ahad lalu.
Berikutan itu, katanya, mereka dipanggil ke sebuah bilik oleh empat pengawas ketika berada di asrama sekolah kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
[click to continue…]