Awas Kegiatan ‘Tahfiz’ Auta!

by admin on January 29, 2012

TAHFIZ AUTA
HELAH… remaja mengutip derma sambil menjual produk herba yang
diragui. Gambar kecil, surat yang dijaja untuk mengutip derma.

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ratusan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz dikerah memungut derma bagi membiayai kegiatan menghidupkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik jualan amal di seluruh negara, terutama sekitar Lembah Klang.

Ajaran Azhar Wahab diwartakan sesat oleh sembilan majlis fatwa negeri, termasuk Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan secara berperingkat-peringkat sejak 1970.

Lebih mengejutkan, siasatan mendapati murid dan pelajar pusat tahfiz di Kedah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dibekalkan dua produk kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan cakera padat video (VCD) yang bukan saja tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), malah klip video dalam VCD terbabit jelas bertentangan dengan imej pelajar tahfiz.

TAHFIZ AUTA
SASARAN… remaja dibawa menggunakan van ke stesen minyak untuk mengutip derma.

[click to continue…]

{ 1 comment }

Keistimewaan Ibadah Haji Dipamerkan Di Muzim Britain

by Tukang Karut on January 29, 2012

KEISTIMEWAAN IBADAH HAJI DIPAMERKAN DI MUZIUM BRITAIN

LONDON – Untuk pertama kalinya, Muzium Britain mengadakan pameran khas mengenai perjalanan ibadah haji, Hajj: Journey at the Heart of Islam sebagai satu pendedahan istimewa terutamanya terhadap golongan bukan Islam.

Kurator pameran, Qaisra Khan berkata, objektif utama pameran itu adalah untuk mendedahkan proses dari awal hingga akhir mengenai ibadah haji di Makkah dan keajaiban Kaabah yang menjadi kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

Ia turut mengetengahkan perjalanan jemaah haji pada zaman dahulu dan persiapan awal orang Islam seperti menyelesaikan hutang, memohon maaf serta membuat wasiat sebelum mereka mengerjakan Rukun Islam Kelima tersebut.

[click to continue…]

{ 0 comments }

BATU ZAMRUD

KELOWNA, British Columbia – Seketul batu zamrud seberat 11.5 kilogram dan bernama Teodara akan dilelong pada minggu ini.

Batu zamrud yang bersamaan dengan berat 57,500 karat itu ditemui di sebuah lombong di Brazil dan telah dipotong menjadi seperti bentuk buah tembikai di India. Ia akan dilelong di sini, Kanada pada hari ini.

Batu zamrud tersebut dijangka akan dilelong pada harga di antara AS$2 juta (RM6.07 juta) dan AS$2.5 juta (RM7.59 juta).

Selepas dipotong, ia menjadi milik seorang pemborong Regan Reaney yang membelinya pada 13 Januari lalu. Sejumlah orang melihat batu zamrud itu semasa ia dipamerkan di Rumah Lelongan Western Star di sini. – Agensi

[click to continue…]

{ 0 comments }

Oliver – Bayi Dilahirkan Tanpa Darah

by admin on January 29, 2012

OLIVER BORN WITH NO BLOOD

Pelik tapi benar! Seorang bayi di United Kindom dilahirkan tanpa darah dan berada dalam kondisi tidak bernyawa hampir 25 minit selepas dilahirkan. Bagaimanapun, bayi yang diberi nama Oliver itu dapat diselamatkan apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya.
[click to continue…]

{ 0 comments }

BAUCAR BANTUAN BUKU 1MALAYSIA

Semua sedia maklum, baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) telahpun diedarkan kepada pelajar Universiti dan Pra-U untuk membuat pembelian buku tanpa perlu membuat pembayaran. Bertujuan untuk meringan kos perbelanjaan mereka. Namun sedihnya, ada segelintir penerima baucar menjual baucar tersebut untuk mendapatkan wang segera. Berikutan itu, pihak polis telah mengeluarkan notis yang tindakan akan diambil terhadap pelajar sekiranya mereka menjual baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) tersebut.

[click to continue…]

{ 1 comment }

VIDEO SEKS TERBARU ANWAR IBRAHIM

Kami ingatkan, hanya ada satu sahaja video panas Anwar Ibrahim yang ada dalam simpanan trio ‘Datuk T’ yang mana video itu telahpun tersebar luas kat internet ni, rupanya ada lagi. Ini berikutan dakwaan trio ‘Datuk T’ yang akan mendedahkan video tersebut jika Anwar Ibrahim bertindak menyaman mereka. Jangan tidak tahu, video terbaru Anwar Ibrahim itu dikatakan lebih dahsyat dari sebelum ini. Dahsyat macam mana tu, tak tahu ler…

Ikuti berita penuh kat bawah ni:- [click to continue…]

{ 0 comments }

SELUAR DALAM WANITA
*Sekadar gambar hiasan

BANGKOK – Seorang lelaki yang mencuri lebih 10,000 pasang seluar dalam wanita di Thailand kemudian menyimpan pakaian dalam itu di dalam kereta akhirnya diberkas polis, pada Rabu (15 Jan 2012).

Mejar-Jeneral Saroj Promcharoen berkata, tangkapan dilakukan selepas suspek bersama rakannya memecah masuk ke dalam bangunan di Chinatown Bangkok.

Menurutnya, suspek mengaku mencuri dan mengumpul pakaian dalam itu sejak berumur 18 tahun dan mencium seluar dalam yang dicuri itu sepanjang masa walaupun semasa memandu.

[click to continue…]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment }