by admin on January 27, 2012

PETALING JAYA – Penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menafikan spekulasi dirinya tiada komitmen untuk bermain bersama skuad negara setelah gagal melaporkan diri pada sesi latihan pertama skuad Olimpik yang bermula kelmarin.
Ketiadaan kelibat pemain yang digelar ‘Apex’ oleh rakan sepasukan kerana tidak memaklumkan punca tidak hadir kepada ketua jurulatih, Ong Kim Swee menjadi tanda tanya di kalangan peminat bola sepak tanah air.
“Semua ini hanya salah faham komunikasi antara saya dengan pihak pengurusan (Kelantan). Namun yang pasti hari ini, saya turun berlatih bersama rakan-rakan bagi persiapan pasukan negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat sesi latihan hari kedua di Wisma FAM di sini, petang semalam.
[click to continue…]
by admin on January 26, 2012

Sarung iPad terbaru daripada Aigner yang tampak bergaya.
IPAD mudah dibawa ke sana ke mari, namun usah pinggirkan penjagaannya. Bagi anda yang tercari-cari sarung iPad yang agak sofistikated, terkini Aigner memperkenalkan sarung tablet berkenaan sempena koleksi musim bunga dan panas 2012.
Ia tidak hanya membuatkan penampilan tablet begitu menarik, malah membantu untuk melindunginya. Bagi anda yang gemarkan warna gelap, sarung iPad Aigner ini memang sesuai kerana kedua-dua sarung berkenaan hadir dalam dua rona iaitu hitam dan perang. Anda boleh pilih warna yang anda suka.
Sedikit info, sarung berwarna hitam sesuai untuk mereka yang cenderung kepada warna polos. Namun bagi penggemar jenama ini, boleh memilih sarung warna perang yang hadir dengan corak geometri lambang jenama yang ramai pengikutnya ini.
[click to continue…]
by admin on January 26, 2012

LAS VEGAS: Bintang Hollywood, Liam Neeson, bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam.
Laporan media semalam menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia “diresapi semangat” itu (ingin menganut agama Islam) selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki.
Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia “gila” mendengarnya. Namun setelah mendengarnya setiap hari, seruan itu akhirnya meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah.
Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah menyebabkan dia benar-benar berfikir untuk menganut Islam.
Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat. Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.
[click to continue…]
by admin on January 26, 2012

Kereta mini Mitsubishi (model ek-Wagon)
TOKYO: Mitsubishi Motors Corp (Mitsubishi) hari ini berkata syarikat itu akan memanggil semula 252,133 kenderaan mininya di Jepun yang mana kebanyakannya adalah model ek-Wagon berikutan masalah kebocoran minyak.
Jurucakap Mitsubishi Motors berkata, kos pemanggilan semula kesemua kenderaan tersebut, termasuk 47,187 kenderaan yang dijual di bawah jenama Nissan Motor Co diunjurkan bernilai 3.5 bilion yen (AS$44.7 juta).
Bagaimanapun, menurut jurucakap Mitsubishi Motors lagi, tiada laporan kemalangan diterima susulan masalah terbaru itu. – REUTERS
[click to continue…]
by Tukang Karut on January 23, 2012

Naskah Al-Quran bersadur emas bernilai lebih RM170 juta akan dipamerkan pada pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bulan depan. Disebabkan nilainya yang mencecah jutaan ringgit, naskah Al-Quran tersebut akan dibekalkan dengan ciri keselamatan dan juga penjagaan tahap tertinggi.
Dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China, pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran. Pameran bertaraf antarabangsa itu adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd.
[click to continue…]
by admin on January 22, 2012
Bunyinya agak pelik tapi itulah kenyataan. Berlaku di Thailand, seorang lelaki menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi. Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.

Al-kisahnya, sepanjang 10 tahun lalu dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.
Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.
Tapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila Anne terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia pada 3 Januari 2012. Deff yang kesal kerana tidak sempat menunaikan janji mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne.

Dengan berpakaian tuxedo, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.
Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. How epic is that? Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.
[click to continue…]
by admin on January 22, 2012

BATU PAHAT – Siapa sangka, dalam keadaan berputus asa setelah usaha mencari kembarnya di negara asing selama berpuluh tahun, bukan setakat gagal malah langsung tiada petunjuk, ketika itulah doa Walitah Sawiyan, 70, dimakbulkan.
“Saya sudah bertekad, jika tak jumpa juga dengan kembar saya, Walitih, inilah kali terakhir saya mencarinya. Saya akan pulang ke Indonesia dan terus tinggal di sana. Kiranya saya sudah putus asa,” kata Walitah.
Namun takdir menentukan pada 4 Januari lalu ketika menunggu feri di Jeti Kukup, Pontian untuk pulang ke Tembilahan, Sumatera dalam perjalanan yang disangkanya adalah yang terakhir untuk mencari kembarnya itu, dia tiba-tiba ditegur oleh seorang wanita yang tidak dikenali.
“Orang itu tegur saya kerana menyangka saya jirannya di Batu Pahat,” katanya.
Lalu Walitah mengajak wanita yang menegurnya itu untuk membawa dia bertemu dengan jirannya yang dikatakan wajah saling tak tumpah itu.
“Hati saya melonjak-lonjak mahu dibawa bertemu dengan jirannya. Tiba di sana, memang benarlah. Dialah Walitih yang saya cari-cari selama ini, malah saya pun sudah hampir berputus asa untuk mencarinya lagi,” kata Walitah sambil mengesat air mata. [click to continue…]