Disneyland Paris terdiri daripada dua taman tema, restoran dan tempat hiburan, dan tujuh hotel milik Disney. Beroperasi sejak 12 April 1992, ia adalah Disney kedua resort untuk dibuka di luar Amerika Syarikat (mengikuti Tokyo Disney Resort) dan yang pertama dimiliki dan dikendalikan oleh Disney.
Tepat sekali bahawa jemputan Pengumuman Istimewa Yusry & Lisa seperti yang kami postkan sebelum ini adalah untuk memaklumkan kepada umum tarikh pernikahan mereka.
Kini tiada lagi teka-teki bila Yusry dan Lisa akan menjadi suami isteri kerana mereka telahpun memaklumkan sendiri yang mereka akan bernikah pada 23 Februari 2012.
Upacara pernikahan akan dibuat di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Selain itu, mereka turut memaklumkan tarikh persandingan yang akan dilangsungkan pada 26 Februari 2012 di PICC.
Segalanya telah terjawab. Jadi sama-sama lah kita doakan agar perkara baik ini akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan olehNYA. Kepada Yusry dan Lisa, tahniah!
Hubungan cinta antara Yusry KRU dan Lisa Surihani bukanlah rahsia lagi dan dengarnya pula mereka sudah merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya iaitu fasa perkahwinan tidak lama lagi.
Ini berikutan jemputan yang diberikan kepada pihak media untuk hadir ke majlis khas mereka yang dinamakan Pengumuman Istimewa Yusry dan Lisa.
Walaupun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai apakah pengumuman istimewa tersebut, namun ramai yang menjangkan pengumuman itu berkaitan tarikh pernikahan Yusry dan Lisa.
Bagi yang masih belum tahu, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas dan wang syiling rekaan terbaru pada Julai tahun hadapan. Selain itu, note RM20 turut diperkenalkan semula. Dan beberapa hari lepas, bagaimana rupa kesemua wang kertas serta wang syiling tersebut telahpun didedahkan kepada umum. Kami ada kongsikan’nya kat Facebook di sini dan di sini. Pada post ini, kami postkan beberapa lagi gambar untuk anda lihat dengan lebih jelas rupa wang baru tersebut.
Kini, secara rasminya AC Mizal bergelar Datuk setelah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua yang membawa gelaran tersebut.
Darjah tersebut disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan yang berlangsung pada petang tadi.
Untuk info anda juga, selain AC Mizal, Eizlan Yusof serta pakar motivasi, Fazley Yaakob turut menerima Darjah Kebesaran tersebut. Tahniah Zon Bebas ucapkan.