Paul The Octopus, Si Sotong Peramal World Cup 2010 Diancam Bunuh

by admin on July 9, 2010

PAUL THE OCTOPUS, SI PERAMAL WORLD CUP 2010 DIANCAM BUNUH
Paul The Octopus

Serius, kelakar pulak rasanya bila sotong yang boleh dikatakan tak tahu apa-apa menjadi mangsa keadaan pada World Cup 2010 ini apabila sotong yang diberi nama Paul itu mahu dibunuh hanya kerana kesemua ramalan yang dibuatnya tepat. Korang tak rasa kelakar ke?

Yer la, kekalahan atau kemenangan pasukan berdasarkan ramalan yang dibuat oleh si Paul tu langsung takde kena mengena dengan’nya sebab bukan dia yang main kat atas padang tu. Lagipun ramalan si Paul tu dibuat sebelum berlangsungnya perlawan. So, pemain yang sepatutnya mengubah ramalan yang dibuat oleh si Paul tu. Tapi bila dah kalah, percaya bulat-bulat dengan ramalan si sotong Paul tu. Sigh!

MADRID – Kerajaan Sepanyol semalam melahirkan kebimbangan berhubung masa depan sotong peramal pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dipelihara di Akuarium Sea Life, selatan Jerman ekoran keputusan perlawanan separuh akhir semalam di Afrika Selatan.

Paul mendapat perhatian meluas setelah membuat ramalan tepat semua enam perlawanan melibatkan Jerman.

Sotong itu turut membuat ramalan tepat dengan memilih Sepanyol menewaskan Jerman.

Haiwan itu membuat ramalan dengan memilih bekas berisi makanan yang dihiasi bendera Sepanyol dan bukannya bekas dihiasi bendera Jerman.

Kerajaan Sepanyol bimbang rakyat Jerman akan membalas dendam dan mengikut jejak penyokong-penyokong Argentina sebelum ini yang mahu menjadikan sotong tersebut sebagai makanan ekoran ramalan Paul mengenai nasib negara itu.

“Saya amat prihatin dengan keadaan sotong itu… saya memikirkan untuk menghantar satu pasukan perlindungan ke Jerman,” kata Perdana Menteri Sepanyol, Jose Luiz Rodriguez Zapatero kepada stesen radio Cadena Ser sambil bergurau.

Namun, Menteri Perikanan dan Alam Sekitar Sepanyol, Elena Espinosa mencadangkan langkah keselamatan untuk Paul dilakukan dan beliau akan memohon Majlis Menteri Eropah membuat larangan supaya Paul ditangkap bagi mengelak peminat Jerman daripada memakannya.

Segelintir penyokong Jerman yang kecewa selepas kalah kepada Sepanyol mengirim pesanan menerusi pelbagai forum di Internet sehingga ada yang menawarkan ganjaran bagi mendapatkan sotong berkuasa psikik itu dan dijadikan hidangan panggang barbeku.

Seorang wartawan Jerman pula dalam ulasan setelah perlawanan berakhir membayangkan dia kini amat teruja untuk memakan Paul.

Situasi itu menyebabkan ramai rakyat Sepanyol mulai bimbang dengan nasib sotong tersebut.

Menteri Perindustrian Sepanyol, Miguel Sebastian menyarankan pihak berkuasa melakukan pemindahan segera secara percuma terhadap Paul untuk dibawa dari Jerman ke Sepanyol demi memastikan keselamatan haiwan itu. – AFP

+ Kosmo! Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 7 comments… read them below or add one }

Piston Pecah July 9, 2010 at 10:13 am

abis la paul the sotong..standby kene masak kicap lah pas nie!

Reply

Anarm July 9, 2010 at 10:31 am

aku pon nk mkn Paul.. masak pedas best nih.. wakakaka

Reply

hans July 9, 2010 at 1:29 pm

kesian si Paul
tak bersalah pun dia
apa2pun Spain juara

Reply

apiih July 9, 2010 at 7:43 pm

paul sgt sedap dimakan..hehehehehe

Reply

RAHSIA MALAM ISTERI July 9, 2010 at 9:18 pm

Bola punya pasal..sotong nk kena makan….apa daaa….

Reply

JANDA BERHIAS July 9, 2010 at 9:19 pm

hebat la sotong ni..ramalan semua tepat..tapi nk kena jadi mangsa bunuh plak…ayoyoyo…

Reply

linglung July 11, 2010 at 9:22 am

Spain suka le sbb Paul pilih diorang..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: