Pelajar 16 Tahun Selesaikan Teori Sir Isaac Newton

by admin on May 28, 2012

Huh! Ini sangat mengagumkan. Apa tidaknya, baru berusia 16 tahun tetapi sudah mampu merungkaikan teka-teki Sir Isaac Newton yang merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu. Ikuti berita lanjut kat bawah ni:-

SHOURRYYA RAY Sir Isaac Newton

BERLIN – Teka-teki dibuat oleh Sir Isaac Newton sehingga merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu, akhirnya dirungkaikan oleh seorang remaja berumur 16 tahun di Dresden, Jerman.

Shouryya Ray, berjaya menyelesaikan dua teori dinamik zarah asas yang sebelum ini hanya dapat dihitung dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh ahli fizik.

Hasil penyelesaian Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding.

Anak kelahiran Kolkata, India, menyelesaikan permasalahan rumit itu, ketika menyertai lawatan sekolah di Universiti Dresden yang mana gagal dirungkaikan oleh profesor di situ.

Kebijaksanaan Shouryya dikesan sejak dia mula memasuki persekolahan di Dresden empat tahun lalu selepas berpindah dari Kolkata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

teka teki lawak September 22, 2012 at 6:39 pm

wow!! memang bijak dia ni

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: