Pelajar Jual Baucar BB1M Akan Dikenakan Tindakan

by admin on January 27, 2012

BAUCAR BANTUAN BUKU 1MALAYSIA

Semua sedia maklum, baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) telahpun diedarkan kepada pelajar Universiti dan Pra-U untuk membuat pembelian buku tanpa perlu membuat pembayaran. Bertujuan untuk meringan kos perbelanjaan mereka. Namun sedihnya, ada segelintir penerima baucar menjual baucar tersebut untuk mendapatkan wang segera. Berikutan itu, pihak polis telah mengeluarkan notis yang tindakan akan diambil terhadap pelajar sekiranya mereka menjual baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) tersebut.

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang menjual baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) pada harga lebih murah untuk mendapatkan wang tunai.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata baucar buku bernilai RM200 yang diberikan oleh kerajaan itu seharusnya tidak diselewengkan oleh penerima sebaliknya harus digunakan untuk tujuan sebenar.

“Apabila ada laporan menyatakan baucar tersebut telah dijual oleh segelintir penerima untuk mendapatkan wang segera, kita akan siasat, dan mana-mana pihak yang didapati salah guna baucar tersebut kita akan tengok apa bentuk tindakan sewajarnya yang patut kita ambil.

“Kita akan tengok sama ada kita akan serahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengambil tindakan atau kita sendiri yang akan buat tindakan, itu kita belum pasti lagi,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Kepimpinan Polis Diraja Malaysia bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid di Masjid Al-Imam As-Syafie, Taman Maluri di Cheras hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Khalid berkata penerima baucar itu tidak sepatutnya menyalahgunakannya kerana ianya hanya boleh digunakan untuk membeli buku untuk kemudahan dan kebaikan pelajar di samping meringankan bebanan perbelanjaan yang ditanggung mereka.

Terdapat laporan mengenai tindakan segelintir pelajar menjual atau melelong baucar itu menerusi internet pada harga lebih murah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 tahun lepas mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam dan ia tidak boleh ditukar dengan wang tunai. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

Maxloon120 January 28, 2012 at 7:13 pm

This is take thing for granted.
*Entri terbaru kat Maxloon120´s [type]: Movie Review @The Great Magician 大魔術師

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: