Pengemis Jadi Kaya Kerana Internet

Tuesday, July 20, 2010 23:51
Posted in category Berita Akhbar, Gambar

CHENG GUORONG, PENGEMIS JADI KAYA KERANA INTERNET

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Cheng Guorong nampak di internet. Huhu.. Cheng Guorong yang dulunya mengemis selepas kehilangan pekerjaan kini telah menjadi kaya selepas gambarnya tersiar di internet. Ikuti berita penuh yang dibawakan oleh Kosmo kat bawah ni:

NINGBO – Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.

Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.

Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.

Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.

Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.

Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).

Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.

Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.

Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.

Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini. – Agensi

Dahsyat sungguh kuasa internet sekarang ni kan?

Lagi gambar Cheng Guorong yang dikatakan tersiar kat internet tu.

CHENG GUORONG, PENGEMIS JADI KAYA KERANA INTERNET

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

20 Responses to “Pengemis Jadi Kaya Kerana Internet”

  1. nash says:

    July 21st, 2010 at 12:29 am

    huh…xsangke ea dye leh kaye…cm2 bek ak jadi pengemis jelah..hahahahhahaha…

    [Reply]

    Bawang Merah Reply:

    kalau handsome boleh la kot try.. hee :)

    [Reply]

  2. zaryl says:

    July 21st, 2010 at 12:38 am

    nasib baik gambar aku tak kluar kat internet kahkahkahkah

    [Reply]

    Bawang Merah Reply:

    kalau keluar, mesti dah kaya dan femes kan =))

    [Reply]

  3. menteil says:

    July 21st, 2010 at 12:42 am

    hahaha..
    thanks ar beb! skang baru la aku tau kenapa gambar dia nie pemes sungguh kat sana…
    (nampak sangat aku malas carik info) huhu..

    [Reply]

  4. Gambar Cheng Guorong, Si Pengemis Yang Jadi Kaya Kerana Internet | Zon Artis says:

    July 21st, 2010 at 2:41 am

    [...] boleh baca berita mengenai Cheng Guorong ni KAT SINI [...]

  5. Mr.Bintang says:

    July 21st, 2010 at 5:31 am

    jom jd pengemis sebentar.. hoho.. kat sana lain la.. kalau kat Malaysia ni.. orang tak pandang kot.. :P

    [Reply]

  6. hafidz says:

    July 21st, 2010 at 10:42 am

    wow~ pakaiannya menjadi fashion la! memang hebat~ =P

    [Reply]

  7. shafiq says:

    July 21st, 2010 at 10:44 am

    rezeki dia lah tu :)  
    aku pon nak sebar gambar selekeh aku arr kat internet :P

    [Reply]

  8. DJ SeHaeek says:

    July 21st, 2010 at 12:08 pm

    Bah syukurlah nasib telah berubah.Semoga perubahan itu kekal dan menjadi kenangan dan sejarah terindah dan abadi.heheheh.

    [Reply]

    Bawang Merah Reply:

    wah.. bermadah pujangga.. nice :)

    [Reply]

  9. hans says:

    July 21st, 2010 at 2:14 pm

    wah
    kuasa Allah
    yang miskin pun boleh jadi kaya

    [Reply]

  10. hans says:

    July 21st, 2010 at 2:14 pm

    gambar terbaru dia sekarang tak ada ker?
    nak tgok juga kacak macam mana tu

    p/s : Review Film : Inception Memang Terbaik! Aku Sangat Teruju! Kreatif!

    [Reply]

  11. lea says:

    July 21st, 2010 at 2:15 pm

    cara jalan pun ader gaya modelling…:)

    [Reply]

  12. sweet.ants says:

    July 22nd, 2010 at 4:04 pm

    aduss apesal air mata aku meleleh plak ni?? cam sedih je kisah idup laki ni

    [Reply]

  13. mummynana says:

    July 23rd, 2010 at 2:44 pm

    rezeki … :)

    [Reply]

  14. Amanda Eltiqaz says:

    July 24th, 2010 at 9:05 pm

    seyes dia agak kacak wlaupun pkai baju gitu =P

    [Reply]

  15. ASaDa RyutaRo says:

    July 25th, 2010 at 1:12 am

    pehh.. kalau buat movie yg base on true story camni la sangat best d layan. kalau dari entry ni, cam menarik je kisah hidup lelaki ni.

    tiba2 leh jadi kaya, siap jd model plak tu. peh!

    [Reply]

  16. umi says:

    August 3rd, 2010 at 11:51 am

    ade iras2 andy lau…

    [Reply]

  17. Peluang Buat Duit Melalui Internet Tanpa Mengeluarkan Modal | Azizwan (dot) Com says:

    August 10th, 2010 at 8:12 pm

    [...] + Pengemis Jadi Kaya Kerana Internet [...]

Leave a Reply