Proton P3-21A Akan Dilancarkan Bulan Ini

by admin on March 5, 2012

GAMBAR PROTON P3-21A DILANCARKAN

Seperti dinantikan ramai, Proton Holding Bhd (Proton) bakal memperkenalkan model baru keluarannya dengan nama kod P3-21A yang mengetengahkan gabungan prototaip konsep Tuah bakal membawa perubahan dalam industri automotif nasional diumumkan 16 Mac ini.

Menurut sumber laman sesawang automotif, Proton P3-21A ditawarkan dalam dua varian, iaitu model Executive dan model Premium dianggarkan bernilai RM65,000 sehingga RM75,000.

P3-21A dilengkapi enjin CamPro 1.8L dan 2.0L serta sistem pengecas turbo. Dan jangan tidak tahu, P3-21A adalah kenderaan pertama didatangkan dengan internet berkelajuan tinggi daripada pembekal perkhidmatan internet YTL Communications, Yes 4G. Untunglah kan?

Mungkinkah P3-21A model gantian bagi model Persona sedia ada? Terdapat banyak spekulasi yang bermain di fikiran pengguna tentang model terbaru proton itu adalah Proton Tuah yang pernah dipertontonkan sebelum ini? Untuk kepastian umum, nantikan pelancaran rasmi Proton tidak lama lagi.

ZON BEBAS: Sudah lihat gambar Proton P3-21A versi siap penuh yang terlepas kepada umum sebelum ianya dilancarkan? Kalau belum, anda boleh lihatnya DI SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: