CARA MUDAH MENJANA PENDAPATAN MELALUI HANDPHONE DENGAN TONE EXCEL

Sami ikut sembahyang di Masjid

by admin on November 12, 2009

Sami sembahyang di Masjid

Gambar-gambar yang kami kongsikan kali ini sebenarnya sudah lama tersebar kat internet ni, tapi tak ler lama mana dan kami percaya masih ramai lagi yang tak nengok gambar-gambar ni termasuklah anda mungkin.

Di dalam gambar yang kami kongsikan ini jelas menunjukkan 2 orang ‘sami’ turut bersembahyang bersama beberapa jemaah di dalam sebuah masjid. Namun begitu, motif mereka turut sembahyang tidak pula kami ketahui.

Apa-apa pun, jom lihat lagi beberapa gambar yang kami kongsikan kat bawah ni.

gambar sami ikut sembahyang di masjid

gambar sami ikut sembahyang di masjid

gambar sami ikut sembahyang di masjid

gambar sami ikut sembahyang di masjid

Any comment?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... BISNES JUAL PREPAID TOPUP

{ 21 comments… read them below or add one }

YobSumo November 13, 2009 at 3:05 am

aku tak faham. masjid negeri mana ni?

lastik mr potato!

Reply

epalejau December 13, 2009 at 7:56 pm

aik? buleh2 dia join? heran..x pe ke?

Reply

komenboy69 January 4, 2010 at 12:07 pm

xpe ker??
pelik gk..
spe2 de jwapn??

Reply

MuNsYi January 19, 2010 at 11:40 pm

xsalah diorg solat. maybe br mahu bjinak2 dgn islam. br nk blaja.

Reply

pojan_setan April 29, 2010 at 1:21 am

kita baik2 dulu dgn dorg…..asalkan dorg still hormat n tutup aurat kat masjid.
bile kita dah baik2 dgn dorg…baru kita ajak masuk islam..
ntah2 sami2 nih leh jd pendakwah islam yg lebih hebat ilmu agama nya dari kita kan
islam is peace

Reply

amirhamzah8055 June 30, 2010 at 9:52 pm

sorang nama ahmad ahong bin abdulolah dan sorang lagi kassim samy bin dullah

Reply

Suhaimi Nawir August 29, 2010 at 11:16 am

Sembahyang bukan untuk dipermainkan, dipertontonkan!!! Sebelum mengerjakan sembahyang, sesaorang mesti berniat wudhuk dengan nama Allah, Berniat untuk mendirikan solat dengan nama Allah berserta selawat kepada Nabi junjungan saw!!! Yang paling penting didalam sesaorang mesti mengucap dua kalimah syahadah didalam mendirikan solat!!! Kalau membenarkan sami sami ini menunaikan solat sebaris dengan mukmin yang lain tanpa berpegang pada Islam, Sami sami ini tidak salah kerana jahil!!! Yang jahil ialah imam dan ahli ahli kariah didalam saf!!! Saf terputus kerana segaja menjemput orang yang menyembah berhala dicelah saf!!! Jahil sesangat ker imam itu!!!???
Kalau dah mengucap … Alhamdulillah … memang bijak akl masjid yang berjaya mengislamkan pembesar kafir!!!

Reply

sudin February 18, 2011 at 11:18 am

ko yang bangang.nk hukum org x tentu pasal.mana tau dia dah masuk islam masa tu.ni la contoh umat islam yang bangang.xtau asal usul cerita terus nk emo mcm palat.

Reply

ISLAM ITU KEAMANAN February 21, 2011 at 6:35 pm

betul cakap suhaimi nawir kalau ye pun dah masuk atau bakal masuk islam tukar pakaian jadilah sebenar-benar cara umat islam mengadap dan menghormati allah s.w.t ..sudin walaupun awak beragama islam jangan rosakkan kelembutan islam dengan bahasa dizaman jahiliah dan tak berpendidikan agama.boring kami baca

Reply

akulah November 27, 2010 at 11:37 am

kalo korang nak tau ini adalah negara thailand..selatan thai

Reply

Halim December 15, 2010 at 12:00 am

sami tu baru masuk Islam kot..
*Entri terbaru kat Halim´s blog post: Top 5 Makanan Penyebab Kanser!

Reply

ISLAM ITU KEAMANAN February 21, 2011 at 6:25 pm

JANGAN SESIAPA BERANI CUBA MEMPERMAINKAN HUKUM DAN SUNAH ORANG ISLAM SEBAGAIMANA YANG DITETAPKAN OLEH ALLAH . SAMI ITU HANYA CUBA MENGELIRUKAN BANGSA BUKAN ISLAM DAN MENIMBULKAN FITNAH .SUDAH MENJADI KEBIASAAN LAHIRNYA ANTI ISLAM HINGGA KIAMAT…BERSATULAH KITA UMAT ISLAM DEMI AGAMA DAN MARUAH ISLAM ..AMIN

Reply

ADIL SM January 15, 2012 at 5:45 pm

kau terlalu fikir banyak kut..mrk bkn nk buatjahat pn

Reply

zero March 31, 2011 at 12:32 pm

org bukan islam pun tau hormat org islam tp org islam sendiri xreti bodoh bangang anjur forum,seminar,fesyen islam tp pakaian mcm org xdak agama..org melayu emosi kalau bangsa lain xhormat islam tp bangsa melayu sendiri yg hina islam..demi fahaman politik,yg haram dan ditegah jadi halal..pelik dan teruk..

Reply

Kusap April 3, 2011 at 8:48 am

Zero..cakap betul. Orang Islam kini tak berfikiran terbuka, sentiasa terasa yang terbaik..pandai menghukum..perilaku seolah menjadi Tuhan..menghukum tanpa sebarang usul…membaca Quran dan tuli interprate… Islam adalah intelectual, modern dan dinamik..tetapi ape sudah jadi dengan orang-orang islam zaman sekarang…contoh mangkuk2 ketua2 arab..mulut bertebu manis Indahnya Islam…namun amarahnya persis Zionis..Umat islam harus sedar…we are left behind and stuck to nowhere…jangan sibuk bercerita hukum…mengharamkan poco-poco..hehe (sorry Tuan Haji Harusani-walaupun kita satu guru sufi tapi ada benda yg kewe tak setuju dgn Tuan Haji)…yang amat penting berjihad dengan ekonomi..kembalikan kekayaan umat Islam secara adil, memertabatkan ilmu dipersada (average driver teksi dekat Israel satu bulan baca 3 buku)….kalau orang Islam banyak melahirkan intelektual dan kaya-raya….siapa hamba..siapa tuan…pikir-pikir kan….
(hehe..takat tok sami nak gi solat kat masjid..kicik punya hal la…bagi kewe tak kira agama bangsa semua sembah satu TUHAN sahaja…cara sembah dan nama je berbeza…bro open minded la sikit)

Reply

ADIL SM January 16, 2012 at 8:37 pm

botoi22222 wasokong lu…

Reply

Anuar September 14, 2011 at 10:49 am

Saya tidak setuju dgn perbuatan 2 org berpakaian sami itu. Adalah wajib utk kita mengelakkan perkara yg boleh menimbulkan fitnah. Sama spt wajib jaga mulut dr memfitnah. Jika tlh Muslim maka perlu pakai pakaian yg sesuai. Jika tidak, mungkin boleh jadi fitnah malah tidak keterlaluan jika dianggap 2 org itu cuba memfitnah kpd Muslim yg lain itu. Fitnah bhw Muslim yg lain itu jahil agama!? Perlu ditakuti Musuh yg paling merbahaya sejak zaman Rasulullah saw…iaitu Golongan Munafik (yg mengaku bersama dgn org Muslimin ttp sebaik pulang ke tmpt mereka, dgn segera mereka mengaku kpd org Musyrikin bwh sesungguhnya mereka itu adalah bersama dgn org Musyrikin).

Reply

Kaew January 12, 2012 at 2:34 pm

Sebagai seorang penganut agama Buddha, kami diajar supaya menghormati serta mempelajari ciri-ciri agama lain. Tujuan sami-sami tersebut pergi ke masjid dan belajar cara orang islam sembahyang merupakan salah satu cara kami mendalami ajaran orang lain demi usaha mewujudkan persefahaman dan mengeratkan hubungan antara penganut-penganut Buddha dan Islam. Tindakan tersebut adalah amat normal bagi kami dan sudah tentunya BUKAN ada niat untuk masuk islam. Biarlah kita fikir balik, sekiranya kita nampak ada orang Islam yang masuk jumpa sami dalam Biara Buddha (yang biasa berlaku di negeri-negeri utara), bolehkah kita membuat kesimpulan bahawa orang Islam tersebut sudah masuk Buddha tanpa memahami tujuan yang sebenarnya?

Setahu saya, pope agama katholik turut pernah masuk ke dalam masjid entah di ngara mana dan solat bersama orang-orang islam. Kita seharusnya bersyukur kerana terdapat pihak yang sudi mendalami agama orang lain demi mengurangkan perselisihan faham serta mengeratkan hubungan satu sama lain.

Reply

ADIL SM January 15, 2012 at 5:41 pm

ha ha haha…pelik tp benar.Tp kat negeri mana ni…

Reply

mudin love amy June 20, 2012 at 11:40 am

team naruto…ne sesat towk??? :)

Reply

Nikths January 12, 2014 at 8:06 am

Salam,

Bersangka baik,…rasanya sami2 ni baru masuk islam dan pd masa tu masuk waktu,Buat permulaan tak salah mualaf ni nk belajar solat walaupn tak tahu apa2 bacaan mcm budak kecik yg baru nk belajar solat.Ikut je rukun solat tu.
Tentang pakaian rasanya syarat sah solat adalah pakaian bebas dari najis dan menutup aurat.Tak ada nas mengatakan perlu pakai jenis atau warna pakaian.Kemungkinan kat mesjid itu hanya ada kain sahaja,baju tak ada,lebih elok dia orang pakaian yg ada tapi menutup aurat.
Tentang gambar ni menjadi fitnah rasanya persepsi masing2,kalau islam jumud,jumudlah ia.Sepatutnya islam moden ni lebih bersikap terbuka barulah non muslim mudah menerima islam.Keterbukaan itu pn kena ikut lunas-lunas islam juga,kalau yg haram tetap akan haram.Dia orang pn bukan suruh ambik gambar ni dan sebarkan.Tukang ambil gambar ni pn mungkin ada niat yg baik,kita tak tahu kan?
Wallahu alam…..
*Entri terbaru kat Nikths´s blog post: Sunquick 2013

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: