Sotong kering punca kanser

by admin on October 31, 2009

Suka makan sotong kering? Tak payah tipu la. Kami percaya ramai dikalangan anda yang suka makan sotong kering ni lagi-lagi jika dijadikan sambal nasi lemak. Fuh, memang meleleh air liur siot.

Tapi kami yakin bahawa ramai diantara anda yang tidak tahu bahawa sotong kering ini sebenarnya tidak baik untuk kesihatan kerana ianya merupakan salah satu sebab kepada berlakunya kanser.

Hal ini kerana, sotong kering mengandungi logam toksik yang sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat. Seram bukan? Untuk lebih lanjut, sila baca apa yang kami sertakan kat bawah ni.

GEORGE TOWN – Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

“Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,” kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

“Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,” ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Sumber: Kosmo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 5 comments… read them below or add one }

komenboy69 December 30, 2009 at 11:20 am

bhaye 2!!!!!!!!!!!!!!!
mari kte rmai2 boikot jgn mkan sotg kerg k..

Reply

FAZ March 24, 2010 at 10:57 pm

baguih laa post cmni…aku br tahu gak ni..same2 boikot

Reply

qistina sri seremban March 1, 2011 at 8:26 pm

hmm… jgn r mkn stong kering agi nnti kener kanser … padanmuka… muhahahahaha…

Reply

fazira April 22, 2011 at 1:08 pm

tulah saya pun suka makan sotong kering ……hhhmmm saya pun nak insaf lah

Reply

shahril February 19, 2012 at 4:06 pm

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: