ZB dapat info ni dari laman forum dan ZB tak tahu samada benda ni betul ataupun fake dimana pengambilan soya yang kerap dikatakan boleh menjejaskan kesuburan tertutama kepada kaum lelaki. Kat bawah ni info tersebut. Kalau korang rajin, bacalah..

OSTON: Lelaki mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu apabila penyelidik mendapati ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma.
Kajian mendedahkan, lelaki yang makan purata separuh makanan berasaskan soya menghasilkan bilangan sperma kurang berbanding mereka yang tidak memakannya.
Di kalangan lelaki yang memiliki berat badan berlebihan atau obes, kesannya lebih nyata. Kurang bilangan sperma diketahui menyukarkan lelaki menghamilkan isteri atau pasangannya.
Menurut penyelidik, bahan digelar isoflavones dalam soya yang menyerupai hormon seks wanita, oestrogen, dipercayai menjadi punca. Kajian ke atas haiwan mengaitkan pengambilan tinggi isoflavones dengan masalah ketidaksuburan.
Dalam kajian terbaru, penyelidik Amerika Syarikat mendapati lelaki yang mengamalkan pengambilan tinggi makanan berasaskan soya memiliki bilangan sperma jauh lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak memakannya langsung.
Diketuai Dr Jorge Chavarro dari Jabatan Kesihatan Awam Harvard di Boston, mereka menyoal lelaki mengenai pengambilan 15 jenis makanan berasaskan soya. Ia termasuk tofu, tempe, sosej soya, burger, susu soya, keju, dadih dan ais krim, hasil soya seperti kacang panggang dan minuman.
Lelaki dalam kumpulan mengamalkan pengambilan paling tinggi diberi makanan berasaskan soya secara purata setengah hidangan sehari. Kaitan antara pengambilan soya dan bilangan sperma lebih kuat di kalangan lelaki obes atau memiliki berat badan berlebihan, kerana tubuh mereka mengeluarkan lebih banyak oestrogen berbanding lelaki kurus, kata penyelidik. Agensi
Ni pula respon dari user lain mengenai info kat atas ni

So, pandai-pandai lah yer.

{ 16 comments… read them below or add one }
ok..
stop makan tempe..
mau nye stop..
tempe feverat kot..
jawa tetap jawa..
haha..
omaigod..
peberet gak.. tp jarang minum.. hahaha..
kicap pun soya gak..
kicap peberet aku kowt..susah ar ceni
adeh, aku suka minum soya..huhu
xblh jadi ni..kena berhenti lani juga makanan berasaskan kacang soya..
artikal tu tentang keburukan soya…dan jika diambil berlebihan.!
sebenar nya soya mmberi kita byk kebaikkan.. harap faham
ada baca artikel kacang soya jejas ereksi di HARMONI bil 131…
Oh tidak! Soya adalah makanan/minuman yang dapat miningkatkkan keupayaan otak.. dan ia sebenarnya dapat mberi kesihatan.. tp, ia juga mberi keburukan jika mengambil BERLEBIHAN..
HARAP FAHAM…. sekian…
Info yang menarik.
kena gtau kat bapak nieh.harus!
*Entri terbaru kat iniAKU´s [type]: Alahai Awek Sekarang
Tuan/Puan,
Baca dan buat kesimpulan sendiri.
http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/22/kesan-soya/
leh cayo ko ni
lo, kok x elok!? baru je buat entry eksyen pasal buat soya sendiri? mmmm….
http://blog-tips-kurus.blogspot.com/2011/01/tips-petua-buat-air-soya-paling-ringkas.html
*Entri terbaru kat tips-kurus´s [type]: GOBLOK!!!
soya ni ada pro n cons…ada faedah dan ada kesan sampingannya. kalu nak tahu kebaikanya boley baca kat sini~ kebenarannya? wallahualam
http://billyinfo.blogspot.com/2011/02/kebaikan-meminum-air-soya.html
*Entri terbaru kat Encik Billy´s [type]: Kad Kahwin Putera William dan Kate Middleton
pening la byk sgt kajian…de yg kata elok de yg kata x elok.mne satu nk caye…nk kaji sndr xtau plak….poning5