Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Dengan perceraian tersebut, kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada Azrinaz Mazhar ditarik balik serta-merta.
Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Pada ketika itu Azrinaz berusia 26 tahun sementara Sultan Brunei berusia 58 tahun.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan juga Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.
{ 8 comments… read them below or add one }
tiba-tibe je cerai?apa kes?
WARGGGGHHHH, aku org BRUNEI!
haha..baru ia tau..padan muhanya
Abc def, puas hti sul mu ah, haha
wartawan kan dia neh dulu?
aku tau sbbnya….kejutan utk kita smua dlm masa 3 bulan lg….
apesal nk tggu 3 bulan…habaq mai lah sekarg…
haah, nape 3 bulan.. mane leh cmni.. takkan sume dia nak tarik balik. Mna hak wanita??>> ni yang geram nih!!~~