
Berita baik kepada anda yang teringin untuk pergi ke Korea dan Jepun sempena musim bunga ini dimana syarikat penerbangan tambang murah negara iaitu AirAsia Bhd menawarkan tawaran hebat bagi penerbangan AirAsia X ke Korea dan Jepun sempena musim bunga dengan harga serendah RM399 sehala.
Tawaran itu dibuka untuk tempahan bermula hari ini sehingga 11 Mac bagi perjalanan pada 1 April sehingga 30 Jun 2012.
Menurut ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X iaitu Azran Osman Rani, tawaran hebat itu memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati pengalaman musim bunga di Korea dan Jepun.
“Penumpang AirAsia X dari Jepun ke Korea juga boleh merebut peluang untuk meneruskan penerbangan menerusi rangkaian perjalanan AirAsia X bagi destinasi menarik seperti Thailand, Indonesia, China, Singapura, Vietnam dan Hong Kong.
“Selain itu, destinasi lain jarak jauh yang turut ditawarkan termasuk Perth dan Sydney, Australia ke Osaka, Jepun serendah AUD399 (RM1,288) dan dari Melbourne, Australia ke Tokyo serendah AUD469 (RM1,514),” katanya mengulas lanjut.
